Sembang

PENGUMUMAN PENGUMUMAN PENGUMUMAN

BLOG INI AKAN DITUTUP SELEPAS SEMUA SIRI2 DALAM BLOG INI DIPINDAHKAN KE -> https://www.facebook.com/SBDJTJ. SILA LAWATI LINK TERSEBUT UNTUK TERUS BERSAMA KAMI! SEBARANG MASALAH AMAT DIKESALI. KAMI MEMPUNYAI SEDIKIT MASALAH DALAM BLOG DAN TIDAK DAPAT DIELAKKAN. DAN UNTUK TERUS MENGHIDUPKAN NOVEL INI. KAMI TELAH MEMINDAHKAN KE https://www.facebook.com/SBDJTJ. TERIMA KASIH DAN KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI.

230. WANITA BERKAKI IKAN [VS Julai 2000]

Keadaan ini membuat saya resah semacam. Rasanya ingin menjerit sekuat hati untuk menarik perhatian datuk. Biar dia tau apa yang sedang kami alami. Tetapi, bila memikirkan keadaan itu akan menimbulkan masalah pada datuk, saya tidak jadi melakukannya.
Dalam perasaan yang kacau bilau itu, kulit kepala terasa perit dan pedih. Tiba-tiba Ali Usman mengeluh kecil dan batuk berkali-kali. Saya rasa ini merupakan usaha untuk menarik datuk pada kami berdua. Helai-helai rambut terus jatuh ke lantai.
Saya kira kalau keadaan ini berlanjutan lebih dari satu jam. Tidak mustahil kepala saya dan Ali Usman akan botak. Entah mengapa saya jadi marah lalu menghentakkan kaki ke lantai.
"Jangan banyak karenah, bertenang dan terus tunduk." tutur da­tuk lantang.
"Tengkuk rasa tak selesa." balas Ali Usman.
"Jangan membantah." herdik datuk.
Saya dan Ali Usman menarik dan melepaskan nafas. Rambut atas kepala terus luruh, bagaikan daun kering.
Sekumpulan anai-anai dalam jumlah yang besar bersama bunyi mengaum, macam bunyi lebah, keluar dari bawah tulang selonggok.
"Dari mana datangnya binatang ni?" Saya bertanya.
"Bukankah dari anai-anai, jadinya kalkatu," sahut datuk
"Iya.” balas Ali Usman.
"Bila kalkatu tak ada sayap, dia pun jadi anai-anai semula.” sebuah penjelasan dari datuk yang membunuh keraguan hati saya.
Seperti kalkatu tadi, kumpulan anai-anai ini bergerak menuju ke arah saya dan Ali Usman. Kerana bergerak dalam kumpulan yang banyak. Bunyi kaki kumpulan anai-anai itu jelas kedengaran, macam bunyi orang menarik kertas di lantai papan. Saya dan Ali Usman jadi cemas dan takut.
Macam-macam yang saya fikirkan, apakah nasib kami berdua seperti nasib wanita hodoh. Seluruh daging yang melekat di tulang akan menjadi habuan anai-anai. Kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan, saya dan Ali Usman pasrah saja.
Sungguh mengejutkan, bila kumpulan anai-anai itu, mendekati rambut yang berserakan di lantai entah mengapa, kumpulan anai-anai itu berpatah balik ke arah tulang selonggok. Tetapi, hanya separuh jalan, kumpulan anai-anai itu mencari rekahan papan lantai lalu menyelinap dan hilang darit pandangan kami berdua.
"Sekarang luruskan badan kamu berdua," ungkap datuk.
Arahannya segera kami patuhi. Rasa lenguh di batang leher mula beransur hilang. Dua tiga kali leher saya pusingkan ke kiri dan ke kanan. Datuk senyum.
"Begini" datuk sandarkan badan ke dinding."sebenarnya yang jatuh atas lantai itu bukan rambut kamu. Itu bulu kabung, memang sumpah dan pantang makhluk ja­dian berdepan dengan bulu kabung." sambung datuk tenang.
Tanpa membuang masa datuk terus mengambil bulu kabung atas lantai. Dengan tenang dimasukkan ke dalam pundi kecil yang dibuat dari kain hitam. Dan pundi itu dimasukkan ke dalam saku baju sebelah dalam.
"Aku rasa selepas ini tak ada lagi hal-hal yang menakutkan. Semuanya sudah sampai penghujung," lemah benar suara datuk. Dia terus duduk di lantai. Tetapi, kami masih berdiri terpacak.
“Saya juga berharap begitu” Ali Usman meluahkan rahsia hati.
"Terus terang saya katakan, saya dah tak larat," saya mengeluh.
“Huummmm...,” suara datuk terkulum
“Zuuummmm........”
Enam biji mata tertumpu ke arah bunyi tersebut, tidak jauh dari longgokan tulang. Kepulan asap nipis muncul dan terus mengelilingi tulang selonggok dalam tempoh waktu kurang dari lima minit, asap nipis itu bersatu. Kemudian asap itu naik menegak menuju ke arah tulang bumbung rumah.
HARUM
BAU harum bercampur dengan bau kemenyan dan kayu cendana mula menyumbat lubang hidung kami bertiga. Kalau tadi lubang telinga saya disumbat dengan bunyi deru angin dan suara lebah, tetapi, kali ini diasak dengan suara binatang liar.
"Ada cubaan lagikah datuk," tanya saya hiba.
“Bertenang Tamar,” balas datuk. Saya terlihat bahagian lantai yang pecah dan membentuk bulatan seperti telaga yang bersimen, kian jelas kelihatan. Saya juga terdengar bunyi kocakan air telaga yang diikuti dengan suara perempuan bercakap sesuatu.
“Telaga buta dalam rumah.” Ali Usman terkejut.
“Iya,” jawab datuk. “Kita tengok apa yang akan terjadi.”
Sekarang di hadapan tertonggok sebuah perigi lama. Asap yang menjulang ke arah tulang bumbung bergerak perlahan-lahan menuju ke arah bibir telaga yang bahagian tepinya bersimen. Dan dalam sekelip mata permukaan telaga lama tidak kelihatan hilang dalam pelukan asap nipis yang sudah menjadi tebal. Begitu juga dengan longgokkan tulang, hilang entah ke mana.
Harum kemenyan dan cendana masih dapat kami hidu. Sungguh mengejutkan, ra­sanya tidak percaya dengan apa yang ada di depan mata. Dua tiga kali mata saya gosok dan pejam celikan.
“Aku bermimpikah Ali." tanya saya.
“Maksud kamu Tamar?”
"Barangkali kamu tidak melihat apa yang aku lihat Ali."
"Maksud kamu bayang-bayang perempuan."
"Iya"
“Kalau begitu kita melihat benda yang sama.” Nada suara Ali Usman cemas dan takut.
Kami melihat objek yang sama. Di tempat asap berkepul yang memanjang ke atas segera diisi dengan bebayang tubuh wanita yang memberahikan. Sebagai orang muda, berdebar juga hati. Dan makin lama, bebayang itu makin jelas kelihatan. Dan akhirnya wujud di depan kami seorang wanita.
Berkulit putih, berambut panjang hingga paras pinggang dengan sepasang mata bundar yang menarik. Telaga lama yang hilang wujud kembali di depan mata. Si wanita memberikan senyuman bersama jelingan yang tajam menggoda. Pada saat itu saya segera mengingati wajah beberapa orang pelakon wanita filem Melayu dan Hindus­tani. Memang tiada seorang pun yang menyamai kecantikan paras, ketinggian dan bentuk tubuh wanita tersebut.
Dengan langkah yang bergaya, goyang punggung yang mendebarkan serta gerak payu dara yang lembut membuat saya menarik nafas. Pada hemat sa­ya, datuk yang tua juga tergugat. Ali Usman usah disebut, gelora rasanya tetap macam saya.
Si wanita cantik terus melangkah hingga sampai ke bibir telaga lama. Dia menoleh ke arah kami lalu melemparkan senyuman dan jelingan tajam. Semasa kaki kanannya diangkat untuk memijak bibir telaga yang dibuat dari simen, lagi sekali hati saya berdebar. Buah betisnya yang putih merah nampak terserlah.
Mungkin untuk menggoda atau memang terpaksa, kain batik jawa yang dipakai terus diselak hingga ke pangkal paha. Entah mengapa rasa geram dan berahi terus mengegar kalbu. Serta merta tubuh saya menggeletar. Antara sedar dengan tidak, saya dapati wanita itu sudah berada betul-betul di tengah-tengah mulut telaga.
Dari segi logiknya, tubuh itu mesti jatuh ke dalam perut telaga. Kenyataan di depan bagaikan menafikan kelojikan tersebut. Si wanita cantik masih berdiri di situ seperti berada di awang –awangan.
TERANGKAT
BEBERAPA saat berikutnya.
Tubuh wanita cantik secara perlahan-lahan terangkat melepasi tembok telaga lama. Dari bahagian pinggangnya hingga hujung kaki terbuai-buai, macam daun pisang dirempuh angin.
Pada peringkat awal gerakannya nampak perlahan-lahan dan lembut. Kemudian bertukar kencang beserta dengan deru angin.
Bila bunyi deru angin terhenti, baha­gian tubuh yang terbuai-buai juga berhenti. Sukar untuk mempastikan dari arah mana bunyi deru angin itu datang.
Dan dengan secara mengejut bunyi deru angin terus mati. Ba­hagian bawah tubuh wanita itu terus kaku, tidak bergoyang lagi. Tetapi, ada perubahan terjadi di bahagian tubuh yang kaku itu. Dari pinggang hingga ke kaki keadaannya sudah bertukar menjadi badan ikan. Manakala separuh lagi (bahagian atas) dalam keadaan tubuh manusia biasa.
“Manusia ganjil.” kata saya.
“Separuh manusia, separuh ikan,” sahut Ali Usman.
"Jangan banyak cakap, tengok saja." sergah datuk.
Saya dan Ali Us­man berpandangan. Dan wanita separuh ikan, separuh manusia masih berada di tempatnya, terawang-awangan. Masih mempamirkan senyuman yang menyenangkan. Masih berkesempatan memberikan jelingan yang mempesonakan mengundang rasa geram dalam hati saya.
"Kamu puteri duyung," kalbu bertanya sama sendiri. Wanita cantik menggelengkan kepala. Dia bagaikan tahu apa yang bergelora dalam hati.
Dalam erti kata lain wanita itu dapat membaca suara hati saya secara batin. Mungkin gerak tubuh juga dapat ditafsirkannya. Kalau begitu ada baiknya berdialog dalam hati.
"Kamu puteri duyung?"
Wanita cantik gelengkan kepala.
"Jadi siapa kamu yang sebenarnya"
Wanita cantik itu memusingkan tubuh­nya, membelakangi kami bertiga sambil menggerak-gerakkan pinggangnya.
“Hussss.......”
Ali Usman mengeluh dan pada masa itu juga, wanita cantik kembali kepada kedudukan asalnya. Berhadapan dengan saya dan Ali Usman. Datuk bagaikan tahu, apa yang bakal dilakukan oleh wanita cantik. Datuk segera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia membelakangi wanita cantik itu.
Memang, sejak kemunculan wanita can­tik itu, datuk kelihatan tidak berapa senang. Dia lebih banyak memejamkan mata dari celik. Kain yang membalut tubuh si wanita terlalu nipis, semua liku tubuh nampak dengan jelas. Cara ini memang menghiburkan hati saya dan Ali Usman. Tetapi, mengundah-gelanakan hati datuk.
“Ahhhhhhhh..............”
Mulut Ali Usman terlopong. Si wanita cantik menjatuhkan kain yang membalut bahagian atas tubuhnya. Saya sesak nafas, dua ketul daging mentah yang tumbuh di dada, turun naik mengikut gerak nafasnya. Tubuh saya menggeletar menahan ghairah nafsu yang membakar.
Saya tidak tahu perasaan Ali Usman ketika itu. Walaupun tidak melihat ke arah datuk, tetapi, saya yakin orang tua itu sedang merapatkan kedua-dua belah kelopak matanya. Mungkin juga dia menggunakan kedua belah telapak tangannya untuk menutup mata.
"Kamu berdua mahu tahu tentang diri aku. Inilah aku yang sebenarnya. "
Sebaik saja wanita cantik menamatkan kata, paras rupanya terus bertukar menjadi hodoh. Dia kelihatan amat tua sekali. Seluruh kulitnya berkedut. Ada bahagian-bahagiannya berbonjol-bonjol. Bau hapak dan busuk mula menyumbat lubang hidung saya dan Ali Usman.
Bahagian badan dari pinggang hingga ke kaki yang tadi bertukar menjadi ikan, kembali pada keadaan asal. Tetapi, kulit bahagian itu kelihatan bersisik macam sisik ular sawa. Dia masih berada diawang-awangan. Rambut putihnya yang lebat dan panjang menutup sebahagian daripada wajahnya.
Proses yang berlaku cukup cepat. Semuanya secara mengejut dan tiba-tiba.
RAMBUT
KADANG-KADANG perkara yang tidak terfikir, berlaku secara sepontan. Contohnya, rambut yang hitam pendek, menjadi panjang dan memutih hingga ke kaki.
“Ehem.”
Saya dan Ali Usman segera merenung ke arah datuk. Biasanya, ada sesuatu yang mahu datuk katakan bila dia bersuara sedemikian.
"Berhati-hati dengan tipu helahnya." Amaran dari datuk. Dan kami pun segera anggukkan kepala.
"Silap bertindak, buruk padahnya." Datuk menambah.
“Tak adakah cara lain untuk keluar dan rumah neraka ni tuk,” saya memberanikan diri bertanya.
“Kita mesti sabar,” nada suara datuk lemah.
“Heeeheeeeee......................”
Wanita cantik bertukar hodoh mengilai panjang terasa seram dan bulu roma segera tegak. Kalau tadi perhatian tertumpu ke arah datuk. Kali ini terpaksa diarahkan semula kepada wanita cantik bertukar hodoh.
“Dia orang tua yang pandai,” ucap si wanita sebaik saja ketawanya yang menakutkan itu berhenti. Datuk tidak memberikan sebarang komen.
Berada dalam suasana yang tidak menentukan, ibarat berada di tepi unggun api yang membara besar. Sentiasa takut dan cemas. Bau busuk dan hapak yang mencucuk lubang hidung membuat tekak terasa loya dan mahu muntah.
“Huuuuuhhhhhhhh....................”
Si wanita di depan kami menggeliat. Kulitnya yang berkedut dan bersisik kelihatan relai, satu persatu. Macam daun tua lekang dari ranting. Dari hujung dagu, pipi dan mata keluar melilih air menyerupai minyak kelapa. Terus terjatuh ke dalam mulut telaga yang ternganga.
“Ahhhh....uuuuhhh......”
Dari gerak badan dan kerut muka. Ternyata wanita cantik bertukar hodoh sedang menahan rasa sakit yang amat sangat. Memang ada usaha darinya untuk menyembunyikan apa yang dialami dari pengetahuan kami. Tetapi, rintihan dan keluhan yang terkeluar dari mulutnya membuka rahsia dirinya.
"Jangan sampai terpedaya "
Datuk terus mengingatkan kami. Si wanita yang terawang-awangan di permukaan mu­lut telaga lama, kurang senang dengan tindakan datuk itu. Kemarahannya di sampaikan dengan jelingan yang tajam. Penuh rasa benci dan dendam kesumat yang tiada akhirnya.
“Kerana bapa saudara kamu ......”
Wanita cantik bertukar hodoh tidak meneruskan kata-katanya. Renungannya bertukar dari wajah datuk ke wajah Ali Usman yang berada di sisi. Renungan itu bagaikan ada kuasa yang menyebabkan sepasang kepala lutut Ali Usman menggeletar.
“Tenang Ali, aku ada di sini,” datuk memberikan semangat.
Wajah Ali Usman yang pucat kembali merah berdarah. De­ngan tenang dia menggigit bibir dan menggenggam penumbuk. Ali Usman sedang berusaha membina sebuah keyakinan dalam dirinya.
“Kerana bapa sau­dara kamu,” si wanita mengulangi dan menyambung percakapan yang terputus. “kerana bapa saudara kamu memelihara aku dan dipergunakan untuk wanita-wanita lain hingga membolehkan aku tidak kelihatan tua. Setiap orang yang dipasang susuk oleh ba­pa saudara kamu, aku dapat mencuri kecantikan asal orang itu, aku dapat menikmati darah manisnya.”
Bibir dan mulut si wanita itu tidak bergerak. Tetapi, suaranya yang tersekat-sekat dan termengah-mengah dapat kami dengar dengan jelas. Pada saat itu juga terdengar suara tangisan kanak-kanak seperti baru dilahirkan.
“Sekarang biarlah aku pulang ke tempat asal aku,” kata wanita cantik bertukar hodoh.
“Silakan,” sahut datuk.
“Sial,” kutuk si wanita.
Seiring dengan itu, rumah terasa bergoncang dengan kuatnya. Saya dan Ali Usman saling berpaut bagi menghindari tubuh jatuh di lantai.
“Drummmmm........”
Satu ledakan kuat bergema. Saya terpana sebentar seperti berada di awang-awangan. Badan rasa terbuai ke sana dan ke mari. Dalam keadaan yang tidak menentu itu, saya lihat papan lantai yang terkopak bertaut kembali.
Telaga lama yang muncul secara tiba-tiba terus hilang entah ke mana. Tempat di mana telaga itu muncul segera diganti dengan api kecil, seperti api sumbu pelita minyak tanah. Melintuk-liuk mengikut arah angin yang bergerak dalam kawasan sekitar. Dalam sekelip mata api yang kecil menjadi besar.
BESAR
API itu terus marak dan bergerak de­ngan pantas mengelingi kami. Tidak tahu apa yang mesti dilakukan. Paling mengejutkan, datuk berada di luar lingkaran api. Tidak tahu macamana datuk mesti berada di luar.
Apakah semasa api menjalar datuk sudah bersedia menyelamatkan diri atau api sendiri tidak mahu mendekati datuk. Selain dari itu, saya juga terfikir bagaimana boleh terjadi lingkaran api, kenapa api itu tidak merebak ke tempat lain. Apakah sebelum api itu da­tang, sekitar tempat kami berdiri sudah disimbah dengan minyak petrol.
Saya mula terasa susah untuk menarik dan melepaskan nafas. Api yang marak terus melepasi kepala kami berdua. Haba panas membuat kulit pedih. Asap tebal membuat kami hampir lemas, tersedak dan batuk. Kerongkong terasa kering, sukar untuk memanggil datuk. Tetapi, dicelah-celah lidah api yang sebentar meninggi dan sebentar menurun, da­tuk masih dapat dilihat.
Datuk masih berdiri di tempatnya. Nampak cemas dan bimbang sekali. Bibirnya bergerak membaca sesuatu. Tetapi, hasilnya masih kosong. Datuk membuka silat, bergerak ke kiri dan ke kanan, sambil menarik dan melepaskan nafas. Setiap kali nafas ditarik dan dilepaskan mulutnya tetap bergerak. Seluruh kulit mukanya nampak tegang dan berpeluh.
Semua kerja-kerja yang dilakukan oleh datuk menjurus pada kehampaan dan kekecewaan. Barangkali, kerana tidak ada cara lain atau datuk sudah kehabisan usaha dia te­rus melaungkan azan. Sa­ya dan Ali Us­man mengalami kejutan. Punggung te­rasa seperti dipukul dengan benda keras.
Tubuh kami terangkat ke udara dan melayang-layang tidak tentu arah. Saya berusaha untuk menjerit dengan sekuat hati, bila menyedari tubuh kami di tolak angin ke arah sebatang pokok besar. Belum pun suara jeritan keluar, tubuh kami terus melanggar batang pokok besar. Setelah itu saya tidak tahu apa yang berlaku

229. SEDUT TULANG BAYI [VS Jun 2000]

Wanita hodoh itu menggunakan ilmu aliran nadi yang disalurkan ke arah tumit kakinya yang bercantum pada sekeping papan lantai yang secara kebetulan dipijak oleh sepasang kaki Ali Usman. Andainya sebelah kaki Ali Usman memijak papan lantai yang lain, pasti aliran nadi hitam wanita hodoh tidak akan berhasil meresap ke urat darah Ali Usman.

Seluruh tubuh Ali Usman jadi lembik dan perlahan-lahan mahu rebah ke lantai. Sepatutnya dia rebah ke kiri dan ke kanan tetapi yang anehnya, dia seakan-akan rebah lurus ke atas papan lantai sekeping yang dipijak oleh wanita hodoh.

Bayi dalam dakapan wanita hodoh ketawa kegelian seperti digelitik. Malah bayi itu bertepuk tangan.

Saya menarik nafas kecewa, beberapa detik lagi seluruh tubuh Ali Usman yang lembik akan terbaring di papan lantai sekeping. Kejadian seterusnya susah sungguh mahu diramalkan. Wanita hodoh mula ketawa, tergambar kepuasan dan kegembiraan yang amat sangat di mukanya.

“Allahu hu Akbar.”

Datuk bertempik, melompat hampir mengenai lelangit bilik dengan kedua-dua belah kakinya terkangkang dan sepasang tangannya berkembang. Bila tubuh yang melambung itu kembali berada di lantai tanpa membuang masa datuk terus menumbuk papan lantai di hadapannya.

Aneh sungguh, papan lantai yang ditumbuk tidak pecah, sebaliknya papan lantai yang menjadi tempat wanita hodoh dan Ali Usman berdiri patah dua dan tercabut dari paku. Papan yang patah jatuh ke tanah lalu terbentuk ruang atau lubang yang panjang. Cahaya dari luar menyelinap masuk. Ketawa si bayi dalam dakapan wanita hodoh terhenti dan wajah wanita hodoh yang ceria menjadi keruh dan cemas.

“Kubur untuk kau,” kata datuk.

“Belum tentu.” Sahut wanita sambil menjenguk ke arah lubang lantai yang ternganga, macam mulut buaya lapar menanti monyet turun dari pokok bakau.

Saya pastikan, sebaik selesai menjengah ke lubang yang terpelohong itu, wanita hodoh termenung seketika. Macam ada sesuatu yang difikirkannya.

“Mungkin juga untuk aku, mungkin juga untuk orang yang mungkir janji,” sindir wanita hodoh sambil menjeling tajam ke arah Ali Usman yang sudah boleh berdiri dengan betul, sebaik saja papan yang di pijaknya patah dan menjadi lubang.

“Bertenanglah Ali Usman. Aku tidak akan membiarkan kamu sengsara,” sebuah ikrar terpancar dari kelopak bibir datuk. Ali Usman yang sudah memperolehi kekuatan semangat dan fizikal mengukir sebuah senyum keyakinan buat dirinya dan datuk.

“Hai, orang tua nak mampus, usah masuk campur dalam urusan ini. Biarlah hal ini diselesaikan oleh anak saudara orang terbabit dalam perkara ini,” satu permintan yang keras dari wanita hodoh untuk datuk.

Di sebalik permintaan yang keras itu, wanita hodoh terus menjadikan datuk sasaran kemarahannya untuk kali kedua.

Kalau tadi matanya merah menyala dan kedua belah bahu mengeluarkan asap. Tetapi, kali ini dari mata yang merah itu terpancar cahaya kebiruan yang panjang dan tajam, macam pancaran laser. Setiap benda yang terkena pancaran cahaya akan cair dengan sendiri Manakala dari kiri dan kanan bahu sudah bertukar daripada asap mengeluarkan percikan bunga api seperti yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak ketika menyambut hari raya.

GAGAL

Berkali-kali sorotan pancaran cahaya itu diarahkan kepada datuk. Semuanya gagal, pancaran itu seolah-olah ditolak oleh angin ke arah lain.

Dalam masa yang sama terdengar suara datuk membaca surah Al-Kursi dengan fasih dan lancar sebutannya. Selagi ayat-ayat itu terkeluar dari mulut datuk, kedudukan sorotan cahaya tidak mengikut seperti apa yang di arahkan oleh wanita hodoh, malah sorotan cahaya menjadi lintang pukang dan saling tindih menindih.

Setiap kali sorotan cahaya itu berpatah ke arah wanita hodoh dan mengenai tubuhnya, wanita hodoh akan menjerit kesakitan dan hujung rambutnya akan terbakar lalu mengeluarkan bau hangit yang amat sangat.

“Bodoh sial,” Wanita hodoh cuba menimbulkan kemarahan datuk. Dalam perkiraanya, bila datuk marah, datuk tidak dapat mengawal perasaan. Mudahlah baginya mencari kekurangan atau kelemahan diri datuk. Dengan itu mudah lah dia menewaskan orang tua yang menjadi batu penghalang cita-citanya.

Segala usaha yang dilakukan tidak menjadi. Datuk tetap tenang dan dingin. Tidak memperlihatkan sebarang reaksi.

Sebaliknya terus mendekati Ali Usman. Bahu kiri anak saudara raja pukau itu ditepuknya beberapa kali. Ternyata tindak tanduk itu menyemarakkan kemarahan yang sedia ada dalam dada wanita hodoh. Dengan serta merta pancaran cahaya yang menyerupai pancaran laser itu dimatikan.

“Kraaakkkkk....”

Seluruh perhatian kami tertumpu ke arah bunyi tersebut. Beberapa keping papan lantai turut patah (terutama di kiri kanan papan yang patah pada mula-mula tadi) membentuk permukaan yang bulat seperti permukaan perigi yang seluasnya lebih dari empat kaki dalam bentuk bulat.

Dari permukaan papan yang bulat itu terhulur secara perlahan-lahan ketulan batu bata tua yang penuh lumut dan rumput-rumput. Ketulan batu lama tersusun rapi mengelilingi lubang yang tersedia di lantai.

“Telaga timbul dalam bilik,” itu komen saya melihat kejadian di depan mata yang tidak masuk di akal.

“Itu bukan telaga, tetapi kubur untuk kamu bertiga,” wanita hodoh membalas komen saya.


Datuk hanya diam. Sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Wanita hodoh terus berusaha dengan menimbulkan bermacam macam bunyi yang lebih menakutkan daripada tadi di dalam bilik.

Malah dengan kuasa sihir yang ada padanya, wanita hodoh mendatangkan ular bisa dan beribu-ribu kala jengking di atas lantai. Semua binatang berbisa menuju ke arah kami bertiga tetapi berpatah balik ke arah wanita hodoh lalu menjadi dedaun kering, bila datuk menjentik papan lantai dengan kuku jari hantunya.

PERUT

Jalan terakhir yang dilakukan wanita hodoh untuk melunaskan rasa marah hatinya, bayi dalam pangkuannya dibalingkan ke pangkal tiang. Kepala bayi itu berkecai dengan otak bersemburan. Tempurung kepalanya terbelah dua. Apa yang menakjubkan bayi itu tidak menangis langsung. Darah bertebaran di lantai.

Memang tidak disangka, kejadian yang ngeri dan menakutkan itu berlaku di depan mata. Saya kecut perut. Wanita hodoh melangkah ke tiang tempat dia menghempaskan bayi kesayangannya. Sekujur tubuh bayi terkapar dilantai, dikelilngi darah merah segar.

“Daripada hidup menderita, tidak bertuan lebih baik kamu mati,” terdengar ratapan dari wanita hodoh. Sungguh mendebarkan bila sepasang kaki wanita hodoh memijak-mijak tubuh si bayi. Darah memancut-mancut dari tubuh bayi yang malang. Wanita hodoh duduk mencangkung di depan tubuh bayi yang terkapar.

Sepasang matanya bersinar garang. Kemudian perlahan-lahan membongkok tubuh lalu menjilat darah bayi di lantai serta menelan tulang-temulang yang ada di situ. Lidahnya yang agak luar biasa panjangnya itu di penuhi dengan darah.

Sebahagian daripada darah merah yang segar itu melekat di kiri kanan pipi. Beberapa bahagian tulang yang besar seperti tulang paha, kaki dan lenan tidak dimamah atau ditelan tetapi disedut dengan penuh nafsu.

Semasa menjilat darah dan menghisap tulang temulang bayi terdengar hembusan nafasnya yang kencang, macam hembusan atau dengkur orang tidur yang amat keletihan. Tidak sampai sepuluh minit lantai yang berdarah nampak bersih. Begitu juga dengan tulang-tulang yang bertaburan terus hilang entah kemana.

Kerana terlalu kekenyangan wanita hodoh itui tersandar di dinding dalam keadaan yang tidak senonoh, Satu persatu wanita hodoh memperhatikan wajah-wajah kami dengan rasa geram.

“Kamu sebenarnya tidak diingini di sini,” tutur datuk.

“Kedatangan aku kerana janji.”

“Orang yang berjanji sudah mati.”


“Dia sudah menyediakan gantinya,” tingkah wanita hodoh.

“Gantinya tidak bersedia,” jawab datuk.

Wanita hodoh terdiam, daging di jari jemarinya kelihatan membengkak. Perlahan-lahan sepasang tangan nya diangkat separas dada. Daging di jari jemari berguguran di lantai, cuma yang tinggal ialah tulang jari. Bermula dari jari melarat sedikit demi sedikit hingga kedua dua belah daging sikunya relai.

“Kakinya, “ kata saya.

Ali Usman dan datuk terus memandang ke arah kaki wanita yang telah tinggal tulang. Tiada seorang pun daripada kami yang menyedari perubahan yang berlaku pada kedua-dua belah kaki wanita hodoh. Wajahnya nampak bersahaja, tidak membayangkan rasa sakit walaupun daging kaki dan tangannya relai di lantai.

Daging yang berguguran dilantai segera dihurungi semut-semut merah berukuran sebesar semut api. Terdengar bunyi suara meresik memanjang mengiringi pergerakan semut-semut merah itu. Tidak tahu dari arah mana semut-semut itu datang. Apa yang nyata, dalam beberapa minit saja semua daging wanita hodoh yang relai dan bersepah dilantai hilang entah kemana.

Pada hemat saya mungkin daging wanita hodoh itu enak rasanya. Sesuai dengan selera semut-semut merah yang kelihatan masih belum puas. Bunyi suara meresik memanjang yang membingitkan anak telinga hilang secara mendadak.

“Pelik.”

Kerana yakin, suara itu milik datuk saya segera merenung ke arahnya.Jelas kelihatan dahinya berkedut. Dua tiga kali gigi atas dengan gigi bawah di lagakannya. Macam ada sesuatu yang difikirkan. Ali Usman menarik dan melepaskan nafas dengan tenang.

Perhatian kembali ditumpukan pada semut-semut merah di lantai. Semut-semut merah yang berserakan itu berkumpul lalu membentuk barisan memanjang dan terus bergerak, macam gerabak keretapi berjalan atas landasan menuju ke arah bahagian kaki yang masih berdaging.

PAHA

Bila sisa daging di kaki habis semut-semut itu bergerak ke bahagian paha. Sebahagian yang lain berpecah kebahagian lengan, merayap ke dada. Seluruh badan wanita hodoh sudah dikuasai semut-semut merah. Bunyi suara meresik yang memanjang mula kedengaran.

“Dari mana semut itu datang.”

Ali Usman tujukan pertanyaan kepada datuk. Dengan tenang datuk mengangkat kedua-dua sayap bahunya sambil mengelengkan kepala.

“Ganjil sungguh,” keluh Ali Usman.

Datuk mengukir senyum sinis di kelopak bibir.

Saya tidak ambil kisah apa yang dikatakan oleh datuk dan Ali Usman. Sesungguhnya saya lebih berminat melihat gerak geri semut-semut merah yang bagaikan berpesta makan besar di tubuh wanita hodoh yang terkedang di lantai.

Dia masih bernafas. Matanya yang masih belum diserbu semut-semut merah masih bergerak. Renungannya sayu ke arah saya. Seolah minta bantuan agar menghalau atau membunuh semut-semut merah yang menyelimuti seluruh tubuhnya.

Daya melawan masih ada dalam dirinya. Dan wanita hodoh cuma berusaha menghalau kumpulan semut dengan mengeliat dan mengerakkan tubuhnya. Usaha itu tidak berhasil sepenuhnya. Hanya sebahagian sahaja semut-semut itu yang jatuh di lantai.

Perbuatan wanita hodoh itu merangsang kemarahan sebahagian dari semut-semut merah yang masih berada di badannya. Kumpulan yang tinggal itu semakin aggresif mencarik-carik daging tubuh wanita hodoh. Dari kaki hingga paras leher, tidak ada daging yang tersisa. Sudah tinggal tulang.

Kumpulan semut merah terus bergerak dan merayap ke bahagian leher. Wanita hodoh mengerang menahan kesakitan dan kumpulan semut merah sudah pun mendarat di wajahnya. Dari situ merangkak ke telinga. Suara keluhan dari wanita hodoh kian lemah dan lenyap begitu saja.

Dan akhirnya, seluruh muka, kepala, hilang dalam timbunan kumpulan semut merah. Si wanita hodoh juga hilang entah kemana. Terdengar bunyi deru angin yang amat kencang di luar rumah. Ekor mata saya terus menjeling ke arah datuk dan Ali Usman. Mereka masih seperti tadi, masih termenung dan terkejut dengan apa yang mereka lihat.

“Allah hu Akbar.”

Itu yang berbunga dalam kalbu, bila melihat seluruh tubuh wanita bertukar menjadi rangka. Kaku di tengah ruang bilik macam patung. Kaki (tulang) terkangkang. Tangan terkedang, tengkorak (bahagian muka) mendongak ke langit.

Seling bilik yang bertentangan dengan tengkorak terbuka sendiri. Begitu juga dengan atap di bahagian tersebut sudah terkobak. Cahaya matahari segera menerkam tengkorak dan tulang temulang di lantai yang nampak seakan-akan memancar sinar berkilat.

Lebih mengejutkan, kumpulan semut merah yang tadi berpesta riang memamah daging tubuh wanita dengan rakus hilang entah kemana. Deru angin di luar rumah tidak kedengaran lagi. Sinar matahari yang jatuh pada longgokan rangka wanita hodoh tidak secerah tadi. Tetapi dari lubang bumbung yang ternganga itu kelihatan beberapa helai daun kering melayang-layang di udara sebelum jatuh ditepi longgokan tulang rangka.

“Semuanya macam tidak masuk akal,” Ali Usman memberikan komentar.

“Susah nak cakap,” balas datuk.

Dan seluruh perhatian, saya tumpukan ke arah dua manusia tersebut. Datuk menggaru hujung dahi sebelah kiri dua tiga kali. Barangkali, dia juga merasa takjub berhadapan dengan suasana yang tidak pernah difikirkannya.

“Kruuuuuupppppp.”

Tulang-tulang rangka bergerak sendirian, Beberapa detik berikutnya perlahan-lahan tulang rangka wanita hodoh yang dalam keadaan duduk itu jatuh satu persatu dan berserakan di lantai. Sinar matahari yang masuk ikut lubang bumbung terus menyorot ke arah tulang yang bertaburan.

BERJALAN

“EH, tulang rangka berjalan?”

Serentak ungkapan itu terpancut dari kekopak bibir datuk dan Ali Usman. Tulang-temulang yang berserakan bergerak dan berkumpul menjadi satu longgokan. Bagaikan ada kuasa tertentu atau angin yang menggerakkan tulang temulang tersebut menjadi selonggok.

Susunannya juga menarik, tulang-tulang kaki dan tangan berada di bahagian bawah. Diikuti dengan tulang kering, tulang paha dan punggong. Lapisan ketiga untuk tulang dada, belakang, tulang bahu dan tengkuk. Tempat paling atas untuk tengkorak. Lubang mata yang terpelohong, hidung dan mulutnya, letaknya mendongak ke arah lubang bumbung. Lebih tepatnya mengadap ke langit.

Kami bertiga bagaikan terpukau dengan apa yang berlaku. Dari sebelah kanan bucu bilik, di bahagian papan yang terkopak sedikit muncul dua tiga ekor kalkatu. Ganjil sekali, biasanya kalkatu muncul waktu malam. Keganjilan kalkatu muncul siang, turut dirasakan oleh datuk dan Ali Usman.

“Ini bukan sebarang kalkatu,” datuk luahkan suara hatinya.

Ali Usman anggukkan kepala. Setuju dengan datuk.

Kalkatu itu terbang ke arah longgokkan tulang temulang. Dalam sekelip mata saja jumlahnya bertambah lalu bergabung dengan kalkatu yang mula-mula muncul tadi yang (jumlahnya tidak lebih dari tiga ekor) sedang berlegar-legar atas tulang selonggok.

Kerana jumlahnya sudah banyak, kumpulan kalkatu yang berlegar-legar itu melahirkan bunyi berdengung yang kuat. Setelah puas berlegar-legar kumpulan tersebut membentuk satu bulatan seperti bentuk piramid. Kumpulan pertama berada di tempat paling atas sekali. Dua tiga ekor yang berada di bahagian bawah jatuh atas longgokan tulang yang hilang.

Sebahagian dari kalkatu yang berada dalam bentuk susunan piramid keluar, terutama di bahagian tengah. Kumpulan yang terkeluar itu terbang menuju ke arah saya dan Ali Usman. Keadaan itu membuat saya cemas. Kumpulan yang datang itu bukan sedikit, nampak hitam seperti sebiji bantal guling.

“Tunduk,” jerit datuk, “jangan sampai kepaknya jatuh atas badan kamu berdua. Jangan biarkan badan kamu digigit kalkatu siang. Bisanya boleh membawa maut,” sambung datuk.

Arahan datuk kami patuhi. Malah kami terus meniarap di permukaan lantai.

“Siapa suruh kamu meniarap, kamu berdua nak mati katak. Aku suruh kamu tunduk saja,” datuk meledakkan kemarahan. Dengan segera kami bangun dan tunduk.

Kumpulan kalkatu yang datang menyerang itu melepasi kepala kami berdua. Sebahagian yang terlajak, tidak sempat berpusing balik lalu melanggar dinding.

Akibatnya jatuh bergelimpangan di lantai dan segera menjadi butir-butir pasir yang halus. Sebahagian yang terselamat terus menyelinap ke dalam lubang dinding.

Kerana tidak mendapat arahan selanjutnya dari datuk, saya dan Ali Usman terus tunduk hingga batang leher terasa tidak selesa. Secara mengejut kulit di tempurung kepala terasa seperti disikat-sikat. Rambut hitam saya gugur di lantai. Begitu juga dengan rambut Ali Usman.

SIAPAKAH TAMAR JALIS @ NAMA PENULIS YANG SEBENAR? (AKHIRNYA TELAH DIKETAHUI SETELAH SEKIAN LAMA)


Tamar Jalis atau nama sebenarnya Ahmad @ Mohd.Radzi bin Mahmud telah menghasilkan lebih 284 Siri Bercakap Dengan Jin(SBDJ),16 daripadanya sudah dibukukan dan jualannya menurut suatu kajian Prof.Adnan Nawang melebihi sejuta naskhah.Hal ini memperlihatkan sambutan meluas pembaca terhadap siri novel itu yang sudah bermula sejak tahun 1981 hingga 2005.
Jualan hingga lebih sejuta naskhah siri novel SBDJ membuktikan karya itu lebih banyak terjual berbanding mana-mana buku Sasterawan Negara yang pernah diterbitkan sehingga kini.Jualan besar SBDJ termasuk naskhah cetak rompak menunjukkan pembaca daripada pelbagai bangsa di Malaysia menggemari SBDJ yang mempunyai resipi tersendiri,teknik penulisan kreatif tertentu dan strategi tersendiri memikat pembaca .

Di samping itu strategi jualan SBDJ yang mudah diperolehi sama ada di kedai besar ,kecil,pasar , malam, kedai mamak,Cina dan sebagainya yang merakyat sifatnya memudahkan pembaca memperolehinya untuk dibeli dan dibaca.Hal ini secara tidak langsung mencetuskan fenomena dan budaya membaca yang positif di kalangan rakyat Malaysia.

Generasi pembaca Malaysia era 1980-an,1990-an dan 2005 kebanyakannya pernah membaca siri novel SBDJ atau mengikuti siri ini dalam majalah Variasari terbitan Variapopo Group.Malah ada segelintir mereka masih memiliki koleksi Siri Novel Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis yang diterbitkan dalam pelbagai versi dan ilustrasi kulit depannya untuk menarik perhatian pembaca meskipun kisahnya bukanlah sekadar kisah tentang makhluk jin atau yang sejenis dengannya tetapi disulami dengan ilmu perubatan tradisional Melayu, sejarah, ilmu persilatan, psikologi Melayu,kosmologi Melayu,perbomohan Melayu dan petua-petua untuk memerangi dan menewaskan iblis dan syaitan daripada menganggu manusia.

Tamar Jalis adalah nama samaran penulisnya yang diambil daripada satu nama jin yang terdapat dalam Hikayat lnderaputera yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional.Penggunaan nama Tamar Jalis memang sesuai dengan penulisan Siri Bercakap Dengan Jin(SBDJ) hingga kebanyakan pembaca tidak menyedari nama sebenar penulis yang sudah berusia 71 tahun ini dan masih sihat walafiat.

Tamar Jalis atau nama sebenarnya Ahmad @ Mohd.Radzi bin Mahmud dilahirkan pada 13 September 1940 di Kampung Batu 36,Jalan Sitiawan,Beruas, Perak.Beliau mendapat pendidikan Melayu dan lnggeris serta Sekolah Rendah Teknik,Ipoh(bahagian tukang kayu dan binaan).

Dalam sejarah hidupnya, beliau pernah menjadi buruh,berniaga, pemberita bebas dan kerani pengedar akhbar Utusan Melayu(1970) dan pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Editor kumpulan majalah Variapop Group sebelum

bersara dan kini menetap di Kuala Lumpur.Be liau juga pernah berkhidmat dalam tentera Wataniah antara tahun 1964 hingga 1966.

Tamar Jalis atau Ahmad @Mohd.Radzi Mahmud mula menceburkan diri dalam dunia penulisan sejak tahun 1955,melalui Utusan Kanak-kanak dan Tunas,tetapi cerpen dewasanya yang pertama tersiar dalam majalah Mutiara pada tahun 1958 berjudul “Berhari Raya di Kampung”.

Di samping menulis Siri Novel Bercakap Dengan Jin(SBDJ) yang tersohor dalam sejarah kesusasteraan Melayu itu ,beliau juga menulis novel dan cerpen. Cerpen-cerpennya tersiar dalam pelbagai majalah seperti Dewan Bahasa, Dewan Sastera,Dewan Masyarakat , Mastika dan Widya, dan akhbar-akhbar Berita Minggu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan Watan.

Dua buah cerpennya “Menanti Ayah”(1971) dan “Samad Toja” (Mingguan Malaysia, 26 Mei 1974) memenangi Hadiah Karya Sastera pada era tersebut yang memperlihatkan kekuatan dan ketinggian mutu cerpen karya Ahmad Mahmud atau Tamar Jalis itu sendiri. Cerpen “Samad Toja” termuat dalam Antologi Hadiah Karya Sastera 1974 terbitan DBP(1976) iaitu di halaman 43 hingga 51.

Panel Hadiah Karya Sastera(1974) antara lain menyebutkan “Samad Toja” menceritakan kisah seorang tua yang memegang teguh kepada kepercayaan terhadap kuburan datuknya yang dianggap keramat.Dan ini didramakan dalam satu situasi di mana kekolotan watak ditimbulkan dengan jelas.Samad Toja sanggup mati kerana mempertahankan kepercayaannya.Cerita diselesaikan secara ironis dengan Samad Toja terselamat sedangkan pemuda yang cuba menyelamatkannya mati menjadi korban di suraunya.”

Tiga buah cerpennnya iaitu “Jaril,Jangan Tinggalkan Emak” (Dewan Bahasa, September 1973),” Paman”(Dewan Sastera, Januari 1977) dan “Cincin Berlian Bermata Dua”(Dewan Sastera,April 1980) dimuatkan oleh Hamzah Hamdani dalam buku selenggaraannya Di Bawah Bayang Kemboja terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1981).

Tuah menyebelahi Ahmad Mahmud bila cerpennya “Paman” dan cerpen- cerpen pengarang lain yang termuat dalam antologi Suatu Subuh Yang Bening selenggaraan Othman Puteh dan Ramli Isin terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd. terpilih dan menjadi teks kesusasteraan Melayu peringkat SPM pada era persekolahan tahun 1980-an dan menjadi bahan kajian pelajar untuk lulus peperiksaan SPM.

Di antara novel Ahmad Mahmud ialah Pucuk-pucuk Yang Mati(1967), Lorong-lorong Hitam (1969) dan Rumah Urut(1970).

Hamzah Hamdani dalam ulasannya ada menyebutkan “Walaupun novel-novel Ahmad Mahmud cenderung mengemukakan persoalan-persoalan seks,tetapi dalam perkembangannya kemudian, melalui cerpen-cerpennya,beliau telah mengemukakan persoalan-persoalan kehidupan manusia yang lebih serius.Ahmad Mahmud sering melukiskan jiwa manusia yang gigih menghadapi hidup walaupun akhiran cerita-ceritanya sering menyayat hati.”(1981:44).

Ahmad @ Mohd.Radzi Mahmud menerusi nama samarannya Atma A.M menulis novel-novel bercorak percintaan dan kemasyarakatan berjudul Bukan lmpian Hati setebal 126 halaman terbitan Variapop Group(Kuala Lumpur) pada tahun 1987.Beliau kemudiannya menulis novel Bukan Impian Hati(2) dengan mengguna- kan nama Atma A.M setebal 111 halaman terbitan Variapop Group (Kuala Lumpur)
pada tahun 1988.

Beliau kemudiannya meneruskan penulisan novel bercorak percintaan dan kemasyarakatan dengan menggunakan nama samaran Ramadhan A.M menulis novel Kasihku,Sewangi Cempaka setebal 127 halaman(1988) dan Kukirim Rindu Untukmu setebal 127 halaman (1988) terbitan Variapop Group,Kuala Lumpur.

Pada bulan April 1985 hingga Januari 2005 iaitu selama 23 tahun enam bulan,,beliau mula menggerakkan penulisan novel Siri Bercakap Dengan Jin(SBDJ) dalam majalah Variasari untuk meningkatkan jualan majalah itu dan mencipta rekod sebagai siri novel terpanjang di Malaysia, Asia Tenggara dan sekali gus dunia antarabangsa menggunakan nama samaran Tamar Jalis yang mempunyai sejumlah pembaca dan peminatnya yang tersendiri di negara ini. Pada era 1980-an, majalah Variasari pernah dicetak 120,000 naskhah sebulan kerana wujudnya siri SBDJ itu sebelum beransur menurun kini.

Salah satu siri atau buku novel SBDJ sewajarnya diangkat menjadi teks KOMSAS musim yang akan datang untuk membolehkan pelajar generasi baru mempelajari dan mengetahui pelbagai ilmu dunia Melayu yang terungkap dalam buku itu.Hal ini lebih bererti sebagai menghargai sumbangan besar Tamar Jalis dalam dunia kesusasteraan dan penulisan di samping membantu ekonomi penulisnya berbanding pujian semata-mata.

Menurut Zabidin Hj lsmail ,Presiden Persatuan Karyawan Perak,”Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) karya Tamar Jalis adalah siri cerita kreatif Melayu yang terbanyak dan paling lama bersiaran dalam sebuah majalah tempatan. Sebanyak 221 siri telah dibukukan dengan pelbagai tajuk dan paparan corak kulit yang menarik lagi menyeramkan,termuat dalam 16 buah buku.Sebuah buku SBDJ mengandungi kira-kira 24 siri. Namun demikian terdapat sebanyak 63 siri iaitu siri 222 hingga 284 belum lagi dibukukan.”

Dengan tema “Memperkasakan SBDJ Sebagai Karya Kreatif Melayu Tersohor” telah diadakan Wacana Siri Bercakap Dengan Jin pada 20 Jun 2011 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak,Jalan Raja Di Hilir, lpoh, Perak.

Wacana anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak,Yayasan Perak dan Persatuan Karyawan Perak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak telah menampilkan pembentangan sepuluh buah kertas kerja menarik yang mengangkat dan mengiktiraf sumbangan besar SBDJ karya Tamar Jalis dalam dunia kesusasteraan.


Penulis karya kreatif seram popular, Tamar Jalis kali pertama memperkenalkan diri selepas 30 tahun 'menyembunyikan' identitinya daripada pengetahuan jutaan peminat karya seram, Siri Bercakap Dengan Jin (SBJD).

“Secara peribadi saya tidak mahu dikenali ramai kerana tujuan sebenar saya menulis siri itu untuk dihayati oleh pembaca dan bukan untuk meraih publisiti daripada peminat, tetapi seorang rakan memujuk memandangkan karya saya sudah diiktiraf sebagai khazanah.
"Lagipun, wacana ini diadakan di negeri kelahiran saya dan terpanggil untuk mengikutinya. Saya sendiri terkejut dan teruja selepas melihat ramai peminat SBDJ hadir memberi sokongan pada wacana ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Wacana SBDJ - Memperkasakan SBDJ Sebagai Karya Kreatif Melayu Tersohor', di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, di Ipoh, baru-baru ini.
Majlis berkenaan disempurnakan, Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin serta turut dihadiri isteri Mohamad Radzi, Maznah Mohd Isa, 63.

Beliau yang nama sebenarnya, Mohamad Radzi@Ahmad Mahmud, 73, berasal dari Beruas mengakui sebelum ini ramai yang memujuknya memperkenalkan diri sebagai Tamar Jalis, tetapi enggan berbuat demikian.

Sebanyak 284 siri SBDJ disiarkan dalam majalah Variasari terbitan Variapop Group sepanjang 23 tahun enam bulan, bermula April 1981 hingga Januari 2005 dan digarap dalam bentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya, Kulup Muhamad Diah@Long Mat Piah.

Percetakan semula siri itu bakal dikeluarkan pada September ini dengan 50,000 naskhah dicetak sebagai permulaan, selain bakal muncul dalam versi Bahasa Inggeris tahun depan untuk pasaran luar negara.
Beliau berkata, karya SBDJ itu bukan digarap sembarangan, sebaliknya 60 peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja.

Selain dikenali sebagai penulis siri seram terkenal, beliau turut mengakui menjadi buruan pembaca kerana menyangkakan dirinya sebagai seorang pengamal perubatan tradisional.

"Ramai yang ingin mengenali Tamar Jalis kerana inginkan 'sesuatu' atau berubat dengan saya. Namun, hakikatnya saya bukan seorang pengamal perubatan tradisional seperti disangka ramai," katanya.

Zainol Fadzi ketika menutup wacana terbabit mengingatkan khalayak bahawa Kerajaan Negeri Perak menghargai program anjuran Persatuan Karyawan Perak bersama JKKN kerana ia satu daripada usaha untuk memartabatkan karya Melayu khususnya yang ditulis anak Perak.

"SBDJ berjaya mencipta rekod tersendiri di Malaysia apabila diangkat sebagai karya bersiri paling panjang dan paling lama bertahan di negara ini. Ia sewajarnya diangkat sebagai khazanah berharga di Perak.


228. DENDAM WANITA HODOH [VS Mei 2000]

Dan dalam sekelip mata juga, rangka tersebut kembali kepada keadaan asal. Kemudian bertukar semula menjadi rangka. Bertukar balik menjadi tubuh manusia. Begitulah seterusnya, sering bertukar ganti rupa dan bentuk.

Semasa proses penukaran itu suasana dalam ruang bilik diterangi dengan kilauan cahaya merah dan hijau, gerakan cahaya itu tidak ubah macam pancaran kilat.

Bila terpancar warna hijau, tubuh wanita hodoh menjadi rangka, tengkorak kepalanya putih berkilat, lubang mata dan hidungnya terpelohong. Bila bergerak seluruh sendinya berbunyi macam bunyi tayar lori melanggar batu kerikil dijalan baru.

Bila pancaran hijau bertukar merah, rangka wanita bertukar menjadi tubuh manusia yang cukup sempurna. Pancaran warna yang sering bertukar menyebabkan pandangan menjadi silau. Mata menjadi pedih dan perit.

Seiring dengan pancaran warna itu, terdengar suara lelaki mengerang, merintih menahan rasa sakit yang amat sangat serta diselang seli dengan suara perempuan ketawa dan mengilai panjang.

Apa yang terdaya kami lakukan adalah pasrah pada keadaan. Bersedia menghadapi apa saja yang datang. Jauh di sudut hati, masih berbunga harapan yang datuk tidak akan berdiam diri, jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Ali Usman kelihatan tidak tenang sekali. Wanita hodoh terus mengusap-usap kepala bayi yang dipangkunya, Suara lelaki merintih dan perempuan mengilai terus bergema.

“Kita hadapi apa saja yang terjadi,” dalam keadaan yang tidak menentu itu, datuk masih sempat melafazkan pesanan.

“Saya faham dan bersedia,” balas Ali Usman.

Dan saya hanya angguk kepala.

Tiba-tiba secara mengejut, pancaran cahaya hijau merah berhenti. Sekujur tubuh wanita berwajah hodoh kembali dalam bentuk asal, tidak lagi bertukar menjadi rangka. Suara lelaki merintih dan perempuan mengilai turut lesap. Keadaan kembali tenang.

“Kenapa senyap dan sunyi,” bergema persoalan dalam kalbu, bila berdepan dengan situasi yang saya kira cukup ganjil sekali. Rasa sepi menguasai sekitar.

Ruang bilik yang tadi riuh rendah dengan berbagai-bagai bunyi, bertukar rentak terasa sunyi dan kosong. Gegendang telinga bagaikan hilang kuasa untuk menangkap sebarang kesan bunyi yang terjadi dalam bilik. Rasa cemas dan takut bersarang di dada.

Kami saling berpandangan dan mengharapkan salah seorang daripada kami dapat memberikan idea untuk memecahkan kebuntuan yang sedang dialami. Wanita berwajah hodoh tahu masalah yang sedang kami hadapi, Dia tersenyum dan akhirnya ketawa. Dia melafazkan sesuatu ke arah kami.

Sayang, apa yang dituturkan tidak mampu ditangkap oleh anak telinga kami. Wanita berwajah hodoh makin menjadi-jadi, dia menari-nari sambil mengoyang-goyangkan punggungnya.

“Allah hu Akbar.”

Datuk bertempik sambil tangan kirinya memukul lantai bilik. Serentak dengan itu gegendang telinga kami berfungsi kembali, semuanya dapat didengar dengan jelas dan terang. Rasa sepi yang menguasai segera berakhir. Bunyi bising dan hinggar binggar datang kembali.

SENYUM

Muka Ali Usman segera saya lihat. Ada senyum berlari di kelopak bibir. Datuk juga saya renung, orang tua itu masih membongkok, telapak tangannya kelihatan melekat di lantai seperti kena gam.

Datuk kerah seluruh tenaganya untuk memisahkan telapak tangannya yang melekat. Urat leher dan di lengannya nampak timbul.

“Dia mula memperdayakan aku ,” cetus datuk dengan muka berkerut.

“Itu satu permulaan,” wanita berwajah hodoh menyindir.

“Aku tahu, jangan fikir aku mahu menyerah begitu saja,” keras nada suara datuk.

Benih-benih peluh mula meruap di dahi dan pangkal leher. Tidak ada tanda-tanda datuk mahu menyerah. Segala kekuatan tenaga dan ilmu mula dimanfaatkan.

“Allah hu Akbar,”

Suara kemenangan menguasai seluruh ruang bilik. Telapak tangan yang melekat di lantai terpisah. Datuk berdiri gagah dan wanita berwajah hodoh tercengang, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Mengapa aku harus menjadi mangsa kamu,” satu pertanyaan yang garang dari datuk.

“Tanpa kamu, semua angkara ini tidak terjadi.”

“Aku sekadar menolong.”

“Pembohong, kamu mahu menjahanamkan apa yang ada pada aku.”

“Biar aku jelaskan.”

“Diam.......” jerit wanita berwajah hodoh.

Datuk terdiam tetapi, sepasang bola matanya tidak bergerak dari menatap seluruh tubuh wanita tersebut. Datuk tahu, kalau renungannya dialihkan ke arah lain dia akan menerima akibat buruk. Jeritan yang bergema sebentar tadi bertujuan untuk mengalihkan perhatian datuk. Secara lojiknya, tidak ada sebab wanita tersebut mesti menjerit kerana datuk bercakap dalam nada suara yang lembut, penuh persahabatan.

“Kamu orang tua sial.”

Jari telunjuk wanita hodoh menuding ke arah batang hidung datuk. Darah saya tersirap kerana datuk tidak bertindak balas. Masih tenang, seolah-olah kata-kata itu tidak memberikan sebarang kesan pada dirinya.

“Bummmmmmm.....”

Satu ledakan kecil terjadi di depan wanita berwajah hodoh. Seluruh ruang bilik mula dikuasai bau hangit dan hapak. Kepulan asap kecil dan nipis muncul di kiri kanan wanita tersebut.

Asap nipis sedikit demi sedikit bertukar warna menjadi hitam tebal hingga tubuh wanita yang memangku bayi hilang dari penglihatan kami.

“Kita keluar dari rumah neraka ni,” satu usul dari Ali Usman.

“Ayuh,” sahut saya.

Tdak ada sebarang bantahan dari datuk. Serentak kami memusingkan tubuh menghala ke pintu untuk keluar. Sebelum langkah sulung dimulakan, terdengar bunyi deru angin yang cukup kuat. Badan terasa bergegar, dan terangkat secara perlahan-lahan.

TERHEMPAS

Sebelum pun sempat kami mengatur strategi, tubuh kami berpusing-pusing dalam ruang bilik yang hangit dan hapak. Akhirnya terhempas ke dinding dengan kuat, seluruh sendi bagaikan mahu tercabut rasanya. Sakitnya tidak boleh di ceritakan. Lebih dari lima minit kami terkapar di situ.

“Hei kamu semua, mahu ke mana?”

Wanita berwajah hodoh tercegat di depan kami. Bayi yang dipangku berubah tempat. Kini berada di atas bahu dengan kedua belah kakinya terjuntai ke dada hampir mencecah hujung puting payu dara. Kedua dua belah tangan bayi memeluk dahi ibunya.

“Bagaimana? Masih macam tadi juga?”

Ternyata pertanyaan itu ditujukan kepada Ali Usman yang baru saja menyandar tubuh ke dinding. Datuk terus memicit hujung sikunya. Bunyi deru angin sudah mati, digantikan dengan bunyi bising yang tidak menentu.

“Bagaimana, masih mahu berkeras?.”

Suara wanita berwajah hodoh bertambah lantang. Mungkin dia marah kerana pertanyaan tidak dijawab oleh Ali Usman. Bunyi bising hilang secara mengejut. Datuk sudah pun berdiri, saya masih terkial-kial berusaha untuk duduk macam Ali Usman.

“Tak dapat nak buat keputusan,” ulang wanita berwajah hodoh.

Ali Usman terus membisu.

“Kamu menolak peluang yang baik ini?.”

“Iya, aku menolak,” tingkah Ali Usman penuh yakin.

“Kamu mengkhianati perjanjian yang dibuat antara aku dan bapa saudara kamu.”

“Heii, aku tidak masuk campur dalam perjanjian dengan syaitan, perkara itu memang aku tidak tahu. Macam mana, aku kamu babitkan.”

“Kamu pengkhianat.”

Wanita berwajah hodoh tidak mampu mengawal kemarahannya. Mukanya nampak merah. Dua tiga kali dia menghentakkan kaki kirinya ke lantai bilik. Rumah terasa bergegar seketika.

Dalam keadaan yang begitu kritikal, Ali Usman dapat berdiri lalu menghadapkan wajahnya ke muka wanita hodoh.

“Jangan tentang anak matanya Ali,” terpancut kata dari kelopak bibir datuk, “ kekuatannya sekarang berkumpul di situ, dia akan menggunakan segala kebolehannya menunduk kamu.”

“Hai orang tua, ini bukan urusan kamu,” dengan segera wanita hodoh mengalihkan pandangannya ke arah datuk.

“Aku sekadar menolongnya, memenuhi permintaannya,” balas datuk dalam nada suara yang lembut dan tenang.

HODOH

Saya lihat wanita hodoh menarik nafas dalam-dalam. Bayi yang berada di tengkuk diturunkan lalu dipangku dan dihayunkannya ke kiri dan ke kanan. Sepasang tangan dan kaki bayi bergerak-gerak. Terdengar suara bayi merengek kegelian. Sebaik sahaja suara rengekan itu berhenti, bayi dalam pangkuan segera didakap erat ke dada. Kedua-dua belah pipi wanita hodoh nampak kembung, macam perut ikan buntal.

“Puuuhhhhh.....”

Saya melihat ke arah mulut wanita hodoh, baju dan seluar datuk nampak bergerak, begitu juga rambutnya. Datuk terpaksa membongkok melawan arus angin yang keluar dari mulut wanita hodoh, andainya datuk berdiri tegak sudah tentu badannya bergerak dan terhumban ke dinding seperti tadi. Sebelum kejadian pertama berulang untuk kali kedua, datuk sudah pun mempersiapkan diri.

Wanita hodoh kelihatan panik, hembusan angin dari mulut yang selama ini, mempunyai kekuatan ntuk menjatuhkan pokok dan manusia, ternyata kali ini tidak berfungsi. Datuk masih bertahan dalam keadaan yang cukup selesa. Wanita hodoh yang tak kenal erti putus asa terus berusaha. Kali ini dia dibantu oleh bayi dalam pangkuannya. Tetapi, tidak mendatangkan sebarang kesan pada datuk.

“Dia lelaki tua yang hebat.” Keluh wanita hodoh.

Rasa kecewa dan hampa tergambar diwajahnya kerana gagal menghempaskan tubuh datuk ke dinding melalui hembusan angin dari mulut.

Bayi dalam pangkuan bersuara seperti katak memanggil hujan. Wanita hodoh tumpukan seluruh perhatian pada nada dan irama bunyi suara tersebut. Dua tiga kali dia anggukkan kepala, menandakan faham dan mengerti dengan erti bunyi tekanan nada suara si bayi dalam pangkuan.

“Itu satu arahan,” tutur datuk.

“Bukan urusan kamu,” balas wanita hodoh.

Datuk tersenyum sinis. Ali Usman mengigit jari manis dan saya ingin mempastikan apakah kata-kata datuk itu tepat atau sebaliknya.

Ramalan datuk menjadi kenyataan. Nada suara si bayi yang menyerupai bunyi katak memanggil hujan adalah satu arahan.

Sebaik suara itu berhenti. Wanita hodoh menundukkan kepalanya ke lantai, kemudian diangkat perlahan-lahan, hingga tegak 90 darjah, menentang anak mata hitam datuk.

Dengan pantas datuk membengkokkan kepala lututnya yang sekali gus merendahkan tubuh hingga anak matanya berada di paras dada wanita hodoh. Dalam erti kata lain, mata datuk tidak berlaga dengan anak matanya.

Tindakan selanjutnya, wanita hodoh meluruskan kedua-dua belah tangannya ke depan dan turut merendahkan tubuh seperti datuk buat seketika.

Berdiri kembali dan kali ini bayi dalam pangkuan menhulurkan sepasang tangannya ke arah wanita hodoh. Tanpa membuang masa wanita hodoh mematahkan jari telunjuk kiri dan kanan bayi dengan tenang. Setiap batang jari telunjuk yang dipatahkan itu dicabut, bayi dalam pangkuan ketawa macam digelitik.

Kedua-dua jari telunjuk yang dicabut itu diramas-ramas sehingga menjadi berkeping-keping. Kemudian diuli hingga bulat sebesar buah guli kaca. Dan guli dari jari kelingking itu dibalingkan ke arah datuk. Kerana datuk sentiasa bergerak dan pantas mengelak tidak ada satu pun yang singgah di tubuh datuk.

Semuanya terhempas ke dinding bilik akhirnya menghasilkan ledakan kecil-kecilan yang membingitkan anak telinga. Saya dan Ali Usman menyaksikan semua kejadian aneh itu dengan penuh teliti di samping berjaga-jaga. Bimbang kalau kami berdua akan menjadi mangsa kemarahan wanita hodoh.

“Huuuuhhhh,” jerit wanita hodoh sambil menampar-nampar dada dan meramas-ramas kepala bayi dalam dakapan. Dia bagaikan tahu, bahawa datuk bukanlah lawannya.

Dia perlu mengatur strategi lain hingga kejayaan berada di pihaknya. Apa yang pasti si wanita hodoh memang tidak kenal erti putus asa. Tidak kenal erti kekalahan. Apa yang dia tahu ialah kemenangan harus berada di pihaknya.

JALAN

Satu-satunya jalan menuju kemenangan ialah mempergunakan, kelemahan Ali Usman. Untuk kesekian kalinya anak matanya mencari anak mata Ali Usman. Pesan datuk tidak dilupakan. Ali Usman segera berusaha dengan sedaya yang boleh agar anak matanya tidak bertembung dengan anak mata wanita hodoh.

Di saat Ali Usman dan wanita hodoh berlawan, datuk mengambil peluang meluruskan tangan. Kemudian dengan tenang datuk berdiri seperti biasa, mengeliat untuk menghilangkan lenguh-lenguh di sendi akibat terlalu lama membongkok.

Di samping itu datuk membuka langkah silat-silat yang agak ganjil. Dengan menggunakan kekuatan kedua-dua belah ibu jari kakinya datuk mengatur langkah silat. Silat yang menggunakan ibu jari kaki kiri dan kanan untuk mengawal pergerakan badan dan langkah silat, jarang digunakan oleh datuk. Malah dia tidak pernah mengajar ilmu silat yang disebut SILAT SABUI kepada saya.

Silat yang banyak menggunakan kekuatan ibu jari kaki dan ibu jari tangan itu, lebih tertumpu pada kekuatan mental dan gerak cepat bahagian lengan, betis kaki yang mengerakkan jari jemari kaki dan tangan untuk mencakar bahagian dada, muka dan belakang lawan hingga terkoyak dan sekali gus menarik daging dan tulang pihak lawan terkeluar dari bahagian tubuh.

Silat Sabui ini berlandaskan kerohanian yang tidak lari dari hukum agama. Tetapi, kalau salah bawa boleh terpesong jauh dari hukum-hukum agama malah boleh terkeluar dari akidah.

Itulah salah satu sebab datuk tidak mahu menurunkan ilmu silat itu kepada anak muridnya kecuali hal-hal pengetahuan agama. Tidak boleh diajarkan kepada sebarang orang.

Apa yang saya tahu cuma ada tiga orang sahaja anak muridnya di Tanah Semenanjung, seorang di Benut- JOHOR dari suku Bugis, seorang di kawasan Padang Terap-Kedah dari suku Acheh dan seorang lagi di Kawasan Pulau Kerengge-Terengganu.

Anak murid di Benut lepasan Sekolah Al-Junid-Singapura, seorang lagi AL-Mashoor, Pulau Pinang dan yang akhir tamat pengajian dari Arab Saudi. Mereka adalah tokoh agama ulama tempatan dan tidak ramai yang tahu tentang kebolehan ketiga-tiga insan tersebut.

Sebabnya, mereka ditegah memperlihatkan kebolehan atau ketangkasan ilmu yang dimiliki pada khalayak ramai. Silat Sabui, hanya boleh dimanfaatkan bila keadaan terdesak. Tetapi wajib digunakan demi mempertahan agama dan maruah bangsa terutama bila diancam oleh puak bukan Islam yang bertujuan mempersendakan agama Allah.

Andainya, anggota silat Sabui tidak memanfaatkan ilmu yang ada untuk mempertahankan maruah dan kesucian agama Islam, mereka dianggap dayus dan tidak keterlaluan boleh dicap sebagai pengkhianat agama.

“Berhenti.”

Saya dan Ali Usman terkejut. Suara wanita hodoh cukup kuat. Rupa-rupanya dia sedang menuangkan kemarahannya ke arah datuk yang sedang menyusun tapak langkah silat sabui.

Matanya merah menyala, macam biji saga dan dari kedua-dua belah bahunya keluar asap. Telinga kiri dan kanannya sekejap mengembang, sekejap mengecut mengikut tarikan nafasnya.

“Kamu biadap, ambil ini.”

Wanita hodoh mencampakkan bayi dalam pangkuannya yang sudah menjadi seketul bara ke arah datuk. Kerana sudah menjangka apa yang akan berlaku, datuk sudah bersedia. Dengan meluruskan kedua belah tangan dan mengembangkan telapak tangan dan jari jemari ke arah ketulan bara besar yang menuju ke arahnya.

Tiba-tiba kelajuan ketulan bara terhenti di tengah-tengah antara datuk dan wanita hodoh, berlegar-legar di situ sambil mengeluarkan bunyi letupan kecil yang membentuk bunga api halus dan tajam. Tiba-tiba wanita hodoh terjatuh di lantai dan ketulan bara yang berada di awang-awangan kembali menjadi bayi lalu kembali ke pangkuan wanita hodoh.

“Hiss................” nyaring suara wanita hodoh.

Dalam sekelip mata dia sudah berdiri, Semua rambutnya menutup muka. Biji matanya tidak dapat dilihat kerana dilindungi rambut yang hitam. Saya kira ini juga merupakan taktik.

Dengan berbuat demikian, kami bertiga menyangka matanya di tutup rambut tidak dapat melihat kami, pada hal dari celah-celah rambut hitam itu dia dapat melihat anak mata kami bertiga dengan jelas.

JELAS

Dengan demikian dia dapat melakukan sesuatu atau melemahkan kami melalui renungan matanya yang bertembung dengan mata kami.

Dan kali ini bayi dalam dakapan yang sejak tadi diam, tiba-tiba menangis dengan semahu-mahunya. Ini juga merupakan satu helah, bagi menarik perhatian saya, Ali Usman dan datuk. Bila kami terleka atau terlalai dia akan melakukan sesuatu untuk membinasakan kami.

“Aaaaaa......”

Itu tanda isyarat dari datuk agar kami berhati-hati dan berjaga-jaga. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan tipu helah wanita hodoh itu. Kerana isyarat sudah diberikan, maka kami pun lebih bersedia.

Perhatian saya dan Ali Usman tertumpu ke arah tubuh wanita hodoh yang menggerakkan tubuhya dari kiri ke kanan secara perlahan-lahan. Bila bahagian dadanya berdepan dengan dada Ali Usman, gerakan tubuhnya terus terhenti. Rambut hitam yang menutup muka sebelah kiri dikuaknya lalu disangkutkan ke telinga. Dengan sebelah mata dia memandang ke arah Ali Usman.

“Kau manusia pendusta, pengkhianat. Tidak sebaik bapa saudara kamu. Kamu yang mungkir janji, tidak akan aku lepaskan begitu saja,” satu amaran keras dari wanita hodoh untuk Ali Usman yang nampak terkejut.

“Tapi..”

“Jangan bertapi lagi, kamu terimalah akibat dari perbuatan kamu,” wanita hodoh memotong cakap Ali Usman dengan pantas sekali.

Dan kali ini Ali Usman nampak cemas, entah mengapa tiba-tiba badannya mengigil semacam, tidak boleh berdiri. Semua urat urat sendinya bagaikan terasa mahu bercerai.

227. DIPINTU KEMATIAN [VS April 2000]

Saya terkejut, bila wanita itu tidak meneruskan langkahnya mendekati All Usman. Suara tangisan bayi terus hilang, begitu juga dengan bentuk lembaga orang Utan.
Keresahan segera mengoncang dada. Wajah datuk pun dijeling, dia nampak tenang sekali. Tetapi, Ali Usman masih tidak bergerak dari tempat dia berdiri.
Perlahan-lahan saya menarik dan melepaskan nafas, bila terlihat beberapa ekor lipas lari di lantai lalu menyusup di bawah kain wanita berwajah hodoh.
"Pelik," terhambur keluhan dan kelopak bibir saya.
"Yahooooo................. "
Tidak dapat saya pastikankan dari arah mana suara itu datang. Tidak dinafikan juga pekikan ltu memekakkan anak telinga, mengganggu konsentrasi datuk. Buktinya, datuk merenung ke arah lelangit rumah.
"Hisss............"
Aii Usman mendengus panjang sambil mengkepal-kepal penumbuk. Sepasang kelopak matanya sebentar terbuka dan sebentar terkatup.
Bila kelopak matanya nya terbuka renungannya ke arah wanita hodoh mendukung anak kecil tidak beralih. Seolah- olah hati serta perasaannya sudah ditakluki wanita aneh itu
"Hati-hati Ali,'' saya mengingatkannya.
"Itu urusan dia, bukan urusan kamu.''
Datuk meluahkan sebuah protes yang membuat saya kurang senang. Tiba-tiba saya jadi marah pada datuk.
Puncak dari kemarahan ltu, saya tidak mahu melihat mukanya. Dan batang leher bagaikan dipusing suatu tenaga ghaib yang memaksa saya merenung ke arah wanita berwanita hodoh yang tidak disenangi. Pada mulanya saya melakukan penentangan tetapi, akhirnya saya terpaksa mengalah kerana tenaga yang memaksa lebih kuat dari saya.
Bila sepasang anak mata tertampar ke wajah wanita mendukung anak kecil. Rasa terkejut dan pelik bermain dalam tempurung kepala. Rasa pening dan pedih di kelopak mata mula dialami. Dengan seluruh daya dan usaha, saya cuba alihkan pandangan ke arah lain.
Pada mulanya saya mengalami kepayahan sedikit tetapi, akhirnya berhasil, dinding rumah menjadi sasaran anak mata. Rasa pening dan sakit kepala segera berakhir, saya kembali selesa dan berpijak pada alam nyata.
Keselesaan yang baru dinikmati ini harus dipertahankan, fikir saya. Wanita berwajah hodoh mendukung anak kecil, tidak wajar dilihat kerana boleh mendatangkan kesan buruk pada diri sendiri. Itulah keazaman berputik dalam hati.
LEMAH
Sayang, keazaman yang kuat itu berjaya dibunuh oleh rasa keinginan yang tidak mampu dibendung untuk melihat perempuan berwajah hodoh bagi sekian kalinya. Dan sebagai manusia yang lemah, saya tunduk pada keinginan itu. Wajah wanita hodoh itu saya tatap tanpa berkedip.
Sungguh mengejutkan, ketika ditatap wajahnya mengalammi proses perubahan secara perlahan-lahan. Kulit mukanya yang mengerutu, macam kulit katak puru itu relai berkeping-keping jatuh atas kepala bayi yang didukungnya. Bekas kulit yang relai segera diganti dengan kulit baru yang putih dan licin.
Manakala kepala bayi yang ditimpa oleh kulit yang relai tadi segera ditumbuhi rambut hitam yang kemerah-merahan.
Gigi yang tidak teratur kini nampak putih bersih, tersusun rapi dan rapat. Ada lesung pipit di kiri dan kanan pipi, bila tersenyumm manis sekali mengingatkan saya pada Mia, gadis yang pernah membuat saya tidak nyenyak tidur malam.
“Cantik,” bisik batin saya.
Mata masih terpaku ke arah hujung dagunya yang tajam macam mempelam Siam. Sepasang bulu keningnya nampak tebal, bulu mata nya lentik, padan benar dengan sepasang bibir nipisnya yang merah menarik.
Rasa takut dan benci segera hilang, bertukar menjadi rasa ghairah. Nafsu berahi meluap-luap, tidak tertahan-tahan lagi. Saya jadi tidak tentu arah.
Dalam saat mengelamun sambil membelai rasa ghairah yang bagaikan tiada hujungnya itu, bayi dalam pangkuan wanita tersebut hilang secara mengejut. Tidak memadai dengan semuanya itu, kain putih yang membalut sebahagian dari tubuhnya dijatuhkan perlahan-lahan. Saya jadi kelam kabut.
“Dia telanjang bulat,”
Itu reaksi saya semua kain putih pembalut sebahagian tubuhnya jatuh dikaki. Setiap liku dan lekuk di tubuhnya, termasuk bahagian alat sulitnya berada dalam mata saya.
“Huuuhhhh.....” saya mengeluh geram.
Saya terpesona, bila dia memusingkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan gerakan-gerakan. Saya terpesona, bila dia memusingkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan gerakan-gerakan yang membakar nafsu muda. Seluruh pembuluh darah menjadi tegang semacam, badan mengeletar geram bersama ghairah nafsu muda yang sukar dikawal.
Dalam keadaan yang tidak menentu itu, akal mula dikuasai nafsu. Saya seperti terasa ada tenaga mendorong saya untuk mendekati wanita yang pada penglihatan saya ketika itu cukup cantik sekali.
“Rapatlah.”
Saya seakan-akan terdengar suara wanita itu berkata demikian pada saya.
“Rapatlah, Cuma kita saja disini,” ulangnya dengan suara yang serak-serak basah. Gerak bibir dan gerak tubuh mengiringi kata-kata yang diluahkan, membuat saya, macam berada di dunia fantasi yang tidak bertepi.
Dengan hati-hati langkah pertama diatur ke arah wanita yang sedangkan mendepangkan kedua belah tangannya. Dua ketul daging hidup yang tegang melekap di dada, terbuai-buai setiap kali dia bergerak atau melonjak. Semuanya itu menyebabkan perasaan muda saya terhumban ke tasik nafsu berahi yang sukar dikawal.
Langkah pertama yang teragak-agak dan hati-hati segera bertukar menjadi rancak penuh semangat. Suara ketawa penuh manja dari wanita itu menyambut lubang telinga kiri kanan. Tidak memadai dengan itu terdengar suara mengerang kenikmatan, bersama renggekan berahi.
Situasi begini membuat saya lupa pada keadaan sekeliling. Ali Usman bagaikan tidak wujud lagi. Begitu juga dengan datuk. Apa yang ada dalam kotak fikiran, hanya saya dan perempuan itu sahaja yang berada disitu, bagaikan berada di sebuah taman bunga yang indah.
GELORA
Bersama gelora berahi dan nafsu yang bergelombang hebat dalam batin, saya terus melangkah dan melangkah. Matlamat dalam diri ialah wanita bogel didepan mata harus di kuasai lahir batin. Langkah makin rancak, makin bersemangat.
“Tamar,” terpinga-pinga suara datuk, “ kawal diri kamu, jangan biarkan akal fikiran dan perasaan dikuasai roh jahat.”
Saat memikirkan kata-kata itu, terdengar bunyi berdesing yang amat kuat. Tidak tahu dari arah mana bunyi itu datang. Kerana bunyinya amat kuat dan panjang membuatkan gegendang telinga seperti mahu pecah. Rambut di kepala macam mahu tercabut.
Pandangan saya mula berpinar-pinar. Wanita cantik tanpa kain yang wujud di depan mata, tidak keliahatan lagi. Tidak tahu, entah mana ghaibnya. Batang leher terasa sakit bila digerakkan ke kiri dan ke kanan. Bunyi berdesing tidak juga berhenti.
“Datuk, tolong saya.”
Suara saya tidak keluar, tersangkut dan tenggelam di tekak. Saya semakin lemas, tidak tentu arah. Tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Kepala semakin terasa berat.
Usaha terakhir yang dilakukan ialah membongkokkan separuh badan. Kemudian duduk bersila di lantai sambil melunjurkan kedua belah kaki. Pada masa itu, entah macam mana saya terfikir membaca “surah An-Nas” hingga tamat. Bunyi berdesing yang memekakkan itu beransur perlahan dan terus hilang.
"Haaaa sudah berhenti!"
Saya seperti tersentak dari sebuah lamunan yang cukup panjang. Seluruh badan berpeluh, nafas tercungap-cungap. Saya lihat sekitar dan pasti segala-galanya kembali pada keadaan asal.
Wanita yang menghairankan itu kembali berada di tempat asalnya dengan wajah hodoh yang menakutkan mendukung bayi berkepala licin. Kecantikannya yang hampir berjaya memperdayakan saya terus hilang.
Kerana keadaan sudah agak normal, tanpa membuang masa saya terus menoleh ke arah Ali Usman. Dia masih macam tadi, berdiri kaku macam patung menggenggam penumbuk, matanya masih terpaku kepada wanita hodoh yang mendukung anak kecil.
‘Rapatlah," wanita hodoh bersuara parau semacam. Anak mata­nya tetap menyorot tajam ke muka Ali Usman yang kelihatan seperti orang bodoh. Dan saya yang sudah pulih dari kuasa semangat wanita hodoh, itu resah melihat keadaan Ali Usman yang tidak stabil itu.
"Rapatlah," kata wanita itu lagi, "aku tidak boleh melepasi garis di lantai ini,"
Saya segera mencari garis di lantai yang dimaksudkan oleh wanita tersebut. Nyata, dia tidak berbohong. Memang ada garisan berwarna putih melingkari tempatnya sendiri.
"Rapatlah, “ ulangnya untuk sekian kali.
Ali Usman masih ragu-ragu sama ada mahu melangkah memenuhi permintaan wanita tersebut atau sebaliknya.
"Bila aku melangkah atau melanggar garisan ini, bererti apa yang mahu disampaikan atau mahu diturunkan oleh bapa saudara kamu kepada kamu habis hancur, semua­nya menjadi sia-sia. Aku tak boleh melangkah garisan putih, ini sumpah kami berdua antara bapa saudara kamu dengan aku,” nada suara wanita hodoh lembut merayu minta simpati.
TERMAKAN
ALI USMAN termakan dengan rayuan itu. Dia pun melangkah setapak ke depan. Wanita berwajah hodoh ketawa mengilai. Bayi dalam dukungan merenggek manja, macam diacah seseorang. Saya jadi resah kerana datuk masih berdiam diri, tidak mahu melakukan sesuatu bagi menghalang niat jahat wa­nita hodoh tersebut.
"Aku datang sekadar mahu menyampaikan amanat orang yang sudah tiada, kau berhak menerima peninggalannya," dalam ketawa yang mengada-ngada wanita itu bersuara manja. Ali Usman melangkah setapak lagi. Perasaan saya bertambah tidak tenteram.
Pada hemat saya sesuatu harus dilakukan, kalau dibiarkan pasti menimbulkan masalah yang rumit, mungkin Ali Usman bakal menjadi mangsa wanita berwajah hodoh.
"Terimalah warisan peninggalannya." rayu si wanita hodoh
Ali Usman terus melangkah, ketawa wanita dan renggekan si bayi dalam dukungan kian menjadi-jadi, menguasai seluruh bilik khas itu.
"Jangan pergi Ali, bahaya tu," jerit saya separuh keras. Sebaik saja jeritan berakhir saya menerpa ke arah Ali Usman dan menarik tangan kirinya seraya menyuruh dia berhenti dari melangkah ke depan.
Saya kira usaha itu berhasil kerana Ali Usman berhenti melangkah. Dia pun memusingkan tubuhnya ke belakang lalu merenung tepat ke arah batang hidung saya. Wajahnya nampak bengis. Marah benar dia kerana saya mengganggu urusannya.
"Aduh,” jerit saya. Satu hentakkan siku yang kencang singgah di bahu membuat bahu kanan terasa sengal.
Tidak memadai dengan itu, sebiji lagi penumbuk Ali Usman singgah di pangkal dagu. Saya jatuh tersandar di dinding, tidak bermaya rasanya mahu bangun. Ketawa wanita berwajah hodoh makin galak, makin mengada-ngada. Dalam renungan yang berpinar-pinar itu, saya lihat dia bertepuk tangan gembira. Bayi dalam pangkuannya melonjak-lonjak.
"Dia penghalang," kata wanita itu.
BENGIS
ALI USMAN merenung bengis ke arah saya yang terkapai-kapai berusaha untuk bangun. Kerana menyedari tidak mampu melawan Ali Usman, saya hanya bersikap pasrah saja. Rela menerima tumbukan atau tendangan darinya.
"Huuhhhhh.................. "
Ali Usman melempias-kan kemarahannya tanpa menumbuk atau menyepak saya. Dia memusingkan badannya lalu menentang kerelaan.
"Masuklah ke sini, langkahlah garisan putih itu." Wanita berwajah hodoh menghulurkan sepasang tangannya ke arah Ali Usman. " Jari-jemarinya yang lentik berkuku panjang bergerak-gerak, macam ekor cicak putus dari badan. Ali Usman terus menghulurkan tangan untuk menyambut hujung jari-jemari wanita tersebut.
“Sambutlah, pegang kuku di jari hantu,” wanita mengeluarkan arahan. Ali Usman anggukkan ke­pala, tanda setuju.
"Bercantum."
Itulah yang keluar dari mulut saya yang secara kebetulan terlihat anak dalam dukungan wanita itu seperti bercantum dengan dada wanita berwajah hodoh.
Bila hujung jari Ali Usman hampir menyentuh hujung kuku jari hantu wanita itu, terdengar suara hilai ketawa yang nyaring bersama paluan gendang kemenangan. Pada fikiran ketika itu, segala-galanya akan berakhir dengan kepunahan. Saya dan datuk bakal jadi korban penunggu rumah RAJA SUSUK, mungkin nasib saya dan datuk termasuk dalam istilah MATI KATAK.
"Sikit lagi, langkah setapak lagi,” rayu wanita itu.
Dan Ali Usman akur pada rayuan itu. Dia menjengkitkan kakinya sambil rnencondongkan tubuh. Saat jari Ali Usman hampir menyentuh hujung kuku jari hantu wanita hodoh, suara ketawa dan gendang makin bertambah gamat. Suasana ketika itu seperti dalam keadaan kacau bilau.
Pada saat itu, apa yang terbayang dalam kepala ialah pintu kematian untuk saya dan datuk. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan. Saya menarik nafas hampa dan kecewa. Entah macamana timbul keinginan untuk melihat datuk, saya segera menoleh ke arahnya yang sudah bersila atas lantai.
Sepasang bibir datuk bergerak-gerak, saya pasti dia sedang membaca sesuatu. Sudah pasti ayat Quraan yang dibacanya. Saya cuba menenangkan perasaan dengan membaca surah "ALAM NASRAH" beberapa kali. Dengan izin Allah, ketenangan dan keyakinan segera datang dalam dada.
Saat Ali Usman mengangkat kaki untuk melangkah garisan putih, datuk seperti hilang sabar. Dia terus bangun dan menerpa ke arah Ali Usman.
MENJERIT
DENGAN kekuatan tangan kiri tubuh Ali Usman ditolak kebelakang hingga jatuh terkapar di lantai, tidak bergerak, kecuali sepasang kakinya yang tersentap-sentap.
Tindakan datuk menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari wanita berwajah hodoh.
Wanita itu menjerit-jerit dan melompat dalam kawasan bergaris putih sambil menghamburkan kata-kata yang sukar difahami. Datuk buat tidak kisah dengan tindak tanduk wanita berwajah hodoh. Perhatian lebih ditumpukan pada Ali Usman yang terkapar di lantai. Semasa datuk bertinggung mahu melakukan sesuatu, seluruh tubuh Ali Usman bergerak, satu sepakan kaki kiri dilepaskan oleh Ali Usman.
Kerana serangan itu cara mengejut dan tidak diduga, datuk tidak dapat mengelak dan satu sepakan tepat mengenai pangkal belikat kanan. Datuk terduduk. Ali Usman yang memperolehi kekuatan luar biasa segera bangun dan melakukan serangan bertubi-tubi. Datuk terus mengelak dan berusaha dengan sedaya tidak mahu membalas serangan tersebut.
Bila dapat berdiri dalam keadaan yang cukup selesa, datuk ber­usaha menentang anak mata Ali usman sambil melafazkan kata "BISMILLAH" yang kemudian diikuti dengan bacaan petikan surah tertentu dan Al-Quran. Hasilnya, kekuatan luar biasa Ali Usman menjadi lemah, terutama setelah lima jari kiri datuk ditayangkan ke muka All Usman.
Dan anak saudara Raja Susuk itu pun jatuh terkulai di lantai untuk kali kedua. Bezanya, jatuh kali pertama terus pengsan dan kemudian memperolehi kekuatan luar biasa.
Jatuh kali kedua, dia seakan-akan terkejut dan tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya.
"Apa yang terjadi?" tanyanya kehairanan.
MEMBISU
SAYA dan datuk terus membisu. Kami menanti reaksi selanjutnya dari wanita berwajah hodoh yang sedang memangku anak.
Ali Usman mengulangi pertanyaan yang sama. Saya dan datuk tetap bersikap macam tadi. Wanita berwajah hodoh pura-pura batuk.
"Kamu harus bertanya pada aku, bukan pada mereka yang tiada urusan dalam hal ini. Kenapa kamu bawa dua manusia ini,” suara wanita menguasai ruang khas.
Semasa suara itu bergema, saya lihat kelopak bibir wanita tersebut tidak bergerak langsung. Dalam erti kata lain, suara itu tidak datang dari mulut wanita itu.
Dalam keadaan saya terpingga-pingga itu, saya lihat datuk mendekati Ali Usman. Ada sesuatu yang datuk bisikan padanya. Ali Usman anggukkan kepala lalu melangkah mendekati garisan putih.
"Hai perempuan, apa yang harus aku tanyakan kepada kamu," keras sungguh nada suara Ali Usman. Wanita itu tersenggih sambil menghayunkan bayi yang didukungnya ke kiri dan ke kanan.
"Aku sebenarnya memang mahu mencari kamu, bila kamu sudah datang memudahkan kerja aku."
"Maksud kamu?" Sergah Ali Usman.
"Guru kepada bapa saudara kamu, mengambil aku bersama anak dari kubur untuk dipelihara sebagai kunci atau ibu pada segala ilmu yang dituntut. Bila guru itu mati, aku dan anak diserahkan untuk peliharaan bapa saudara kamu,'' wanita berwajah hodoh berhenti bercakap.
"Apa hubungan aku dengan kamu?”
"Bapa saudara kamu berjanji untuk melihara aku dan anak ini sampai hari kiamat. Bila dia mati, pewarisnya adalah kamu, segala ilmu yang dituntutnya dulu dengan sendiri akan turun kepada kamu. Tidak susah membela kami, makanan kami tulang, minuman kami darah binatang."
"Oh, itu bukan urusan aku membela syaitan bukan kerja aku, bukan kerja orang beriman."
Kata-kata itu membuat wanita berwajah hodoh jadi marah. Dia mendengus macam kerbau. Anak dalam pangkuannya bertukar jadi merah macam kayu arang dibakar. Mata wanita itu juga berubah dan wajahnya bertambah garang dan seram yang dalam sekelip mata seluruh badannya bertukar mejadi rangka.

226. WANITA DALAM BILIK PAWANG [VS Mac 2000]

Tanpa membuang masa saya dan datuk melihat ke dalam bilik. Samar-samar kelihatan seorang lelaki duduk bersila dengan sepasang tangan berada diantara kedua belah paha dan kaki.
Sebuah tempat bara berada di depannya, mengeluarkan asap berbau cengkih dan kemenyan.
Lelaki yang berwajah serius dan bengis itu seperti bertafakur dengan sepasang kelopak matanya dirapatkan. Kepala dililit dengan kain kuning.
“Dari mana datangnya makhluk ini” bisik batin saya.
“Eehemmmmm………,” suara datuk menyumbat lubang telinga. Dan sudah pasti, suara tersebut adalah isyarat untuk saya mengawal perasaan, jangan memikirkan tentang sesuatu.
Asap kemenyan yang bergerak lembut si sebelah kiri dan kanan lelaki itu, melakarkan sekumpulan bebayang makhuk ganjil yang menakutkan. Ada yang bertanduk, bermisai, mata berlubang, berdagu panjang hingga ke lantai dan bermacam-macam lagi. Saya segera merenung ke arah datuk. Tenang sahaja datuk menghadapi suasana yang mencemaskan itu. Bibirnya seperti bergetar. Dan saya menduga, datuk sedang membaca petikan ayat al-Quran untuk menghalau syaitan.
Usaha datuk yang direstui Allah mendatangkan hasil yang sungguh mengesankan. Satu persatu bayang yang menakutkan itu menipis, membulat dan memanjang.
Sebelum ghaib dari penglihatan terdengar seperti suara hembusan angin yang keluar dari belon mainan akibat dicucuk dengan jarum.
“Dah hilang,” cetus hati saya.
Datuk berdehem dan saya sedar tentang kesilapan yang tidak saya sengajakan. Dua tiga kali saya menarik dan melepaskan nafas sambil mengutuk diri sendiri.
MUngkin menyedari tidak ada sebarang gangguan lagi menyebabkan datuk menumpukan seluruh perhatiannya kepada Ali Usman kembali. Macam tadi juga, Ali Usman masih lagi mamai. Dua kali bahu Ali Usman saya singgung dengan kuat. Tetapi, dia tidak memberikan tindak balas yang sewajarnya.
“Áli, apa yang kamu lihat itu, itulah juga yang aku Iihat. Sekarang semuanya sudah selesai, sudah tak ada lagi, Cuba buka mata kamu "
Datuk dan saya segera berusaha mendirikan Ali Usman. Kepalanya yang terkulai kami tegakkan, Wajahnya dihalakan ke arah pintu bilik yang terdedah.. Pelahan-lahan Ali Usman mambuka kelopak matanya.

"Kamu tengok sekarang, semuanya sudah hilang."

Itulah yang datuk bisikkan ke lubang telinga Ail Usman. Dengan lemah saya lihat Ali Usman anggukkan kepala. Dia hanya berkerut, buat beberapa ketika Ali Usman menarik dan melepaskan nafas dalam usahanya mencari ketenangan dan ketenteraman.

"Bagaimana perasaan kamu sekarang? Dah tenang," susul datuk.

Ali Usman anggukkan kepala, senyumnya kian lebar.

"Kalau gitu kamu mulakan,"
Datang lagi usul dari datuk dan ternyata tiada bantahan dari Ali Usman. Dia pun melangkah melepasi bendul pintu bilik.
Setelah mendapat isyarat dari datuk, saya turut melangkah ke dalam bilik yang kelihatan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Datuk pun membekalkan pesan agar jangan menyentuh apa juga barang yang terdapat di situ, kecuali setelah mendapat kebenaran darinya.
KHAS

BERADA di dalam bilik khas yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, terasa nyaman bagai kan berada di dalam bilik yang berhawa dingin. Keganjilan yang dialami setiap kali melangkah, saya seperti tidak dapat mengimbangi seluruh tubuh, terhoyang hayang ke kiri dan ke kanan. Bagi mengelak dari jatuh terpaksa berpaut pada tubuh Ali Usman.

Apakah perkara yang saya alami turut dirasakan oleh Ali Usman dan datuk? Tetapi, melihat pada gaya dan gerak mereka temyata perkara itu tidak berlaku.

Dengan tidak semena-mena terdengar seperti suara kumbang mengorek lubang dikayu. Keadaan begini memang kurang tenteram, memberi kesan yang tidak tentu arah disanubari.

"Apa pula sialnya si kumbang ni, mengacau urusan orang dan menakutkan aku,” jerit batin saya.

“Ehemmmm.. “ Datuk berdehem pendek

Dan secara sepontan saya menoleh ke arah datuk, pandangan kami bertembung.

"Jangan ditegur atau dikomen bila kamu melihat atau mendengar sesuatu yang pelik. Cuba fikir dulu sebelum mengikut kata hati. Jangan pandai-pandai nak mengutuk atau marah tidak bersebab."

Itulah komentar datuk. Dia bagaikan tahu erti renungan mata saya sebentar ta­di. Saya mengigit bibir, susah sungguh berurusan dengan manusia yang dapat membaca suara hati kita.

Dan buat sekian kalinya, saya menatap wajah All Usman. Dia nampak bersahaja. Tetapi gerak mata hitamnya membayangkan sekelumit keresahan dalam dirinya Dia cuba tersenyum dan ternyata senyum yarng dipaksa itu hilang serinya.

Bilik yang nampak kecil itu, tenyata cukup besar dan luas. Buktinya. sudah lebih sepuluh langkah kami melangkah dari bendul, masih belum sampai ke bahagian tengah bilik. Ali Usman memberikan isyarat tangan, supaya kami menuju ke bucu bilik sebelah kiri. Dan saya yang sangsi dengan arahan tersebut enggan melangkah.

"Ke sana, sebelah kiri,” keras suara. Ali Usman.

"Maaf," bisik saya padanya.

"Bodoh,”' Sakit benar rasa hati menerima ungkapan kata yang ditujukan oleh Ali Usman untuk saya. Kalau tidak memikirkan berada di tempat orang mahu rasanya melepaskan penumbuk sulung ke mukanya. Biar pecah berdarah dan tersungkur di lantai.

"Ehemmm,,,.' datuk bersuara.

Menyedari kesilapan yang dilakukan, saya minta maaf dengan menganggukkan kepada pada datuk.

Saya dan datuk mengekori Ali Usman menuju ke tempat yang dimaksudkan. Keadaan di situ agak gelap dan lubang hidung mula diasak dengan bau bunga cempaka kembang pagi. Terdengar bunyi seperti kain batik dikoyak berkali-kali. Sesekali terdengar suara wanita berbisik sesama sendiri.

Dalam suasana yang agak gelap itu, sepasang telapak tangan jatuh atas sayap bahu kiri dan kanan. Berdebarlah hati saya, rasa cemas dan takut terus memuncak. Perlahan saya raba tangan di bahu kiri, terasa kasar dan keras dengan urat-urat timbul di belakang tangan.

Bila telapak tangan merayap di lengan orang yang belum saya pasti siapakah orangnya, rasa gementar terus menguasai tangkai hati, lebih-lebih lagi bila telapak tangan menyentuh bulu roma yang keras terpacak.

Pergerakan telapak tangan terhenti di hujung siku, bila tersentuh bulu berlebihan daging yang lembik dan lembut. Tidak salah lagi tangan yang memegang kedua belah sayap bahu ialah tangan datuk dan dengan serta merta degup jantung saya kembali normal.

“Bertenang dan kawal perasaan kamu Tamar, jangan menggelabah tak tentu pasal,” suara datuk masuk ke lubang telinga.

“Baik tuk.”

Serentak dengan itu cengkaman sepasang telapak tangan di bahu kiri dan kanan segera berakhir. Saya bernafas lega kerana datuk berada tidak jauh dari saya.

LILIN

Ali Usman menyalakan api di hujung lilin besar. Tidak diketahui dari mana dia memperolehi mancis.

Cahaya di hujung lilin yang sekejap besar, sekejap kecil itu mampu memberikan sinar yang cukup terang untuk kami melihat apa saja barang atau peralatan yang berada disitu.

Terdapat sebuah perahu Bugis, lengkap dengan layar dan pendayungnya terbelenduh di bucu bilik. Bahagian bawah (perut) perahu terletak di atas empat pasu besar Cina yang berukiran naga dengan latar belakang biru kuat. Pada hemat saya, tujuan berbuat demikian bagi mengelakkan kerosakan lantai bilik dan perut perahu.

“Kita ke sana.”

Ali Usman menuding jari telunjuk ke arah yang dimaksudkan. Saya dan datuk pun bergerak ke arah yang dimaksudkan. Tidak ada apa pun yang terdapat di situ, kecuali kain tabir yang berwarna hitam.

“Ada rahsia di sebalik tabir ini.”

Dengan pantas Ali Usman menjatuhkan kain tabir berwarna hitam lalu digulung serta di ketepikan berhampiran dinding.

“Pasu pertama diisi tulang gajah mati beragan, pasu kedua atau di tengah-tengah ditaruh tulang badak sumbu mati berlaga di tepi danau dan pasu yang ketiga ditaruhkan dengan tulang harimau jantan yang ganas.”

Mulut saya terlopong mendengar penjelasan dari Ali Usman yang memang tidak diduga atau dijangkakan. Datuk hanya anggukkan kepala sambil mengharapkan ada penjelasan selanjutnya dari Ali Usman. Dan apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Keadaan sekitar terasa amat sunyi sekali tetapi, beberapa minit kemudian tulang temulang dalam ketiga-tiga pasu besar itu bergerak dan berlaga sama sendiri. Beberapa potong tulang terangkat sendiri. Dalam masa yang sama, terdengar seperti ada orang menjilat dan menyedut tulang yang terangkat dari pasu besar. Saya cuba mengesan dari arah mana datangnya bunyi orang menjilat dan menghisap tulang itu.

Ali Usman tahu yang saya sedang mengesan bunyi ganjil tersebut. Dia cuba berusaha menghalangnya dengan cara yang paling sopan sekali.

Berkali-kali dia mengedutkan dahi sambil mengaru pangkal leher kanan, macam ada sesuatu yang mahu dituturkan.

“Semua yang saya cakapkan tadi, bukan rekaan. Hal itu diberitahu oleh bapa saudara saya sendiri. Pesannya, bila dia sudah tiada, saya mesti menjaga apa yang ada di dalam rumah ini.” Ali Usman mengakhiri kata dengan senyum yang memanjang. Saya dan datuk berbalas renungan.

KHASIAT

“DIA tak cakap pada kamu tujuan dia menyimpan tulang temulang binatang dalam pasu?” Satu pertanyaan datu ajukan dalam nada suara yang lembut sekali.

“Untuk tujuan perubatan,” jawap Ali Usman.

“Untuk ubat.” Datuk minta kepastian.

“Iya,” angguknya penuh yakin.

Mungkin untuk meyakinkan kami berdua, Ali Usman pun menerangkan tentang khasiat-khasiat yang boleh diperolehi dari tulang-temulang binatang yang ada di dalam ketiga-tiga pasu tersebut.

“Kalau kena cirit birit atau kolera, panas badan, darah tinggi, runsing dan sukar tidur malam, rendam tulang paha gajah semalaman bersama air telaga, kemudian minumlah air tersebut bersama dengan campuran biji tembikai.”

“Lagi, tulang yang lain macam mana?” desak datuk.

“Air rebusan tulang harimau ganas, diminum waktu pagi dicampur dengan sedikit jintan manis, boleh menghilangkan lenguh-lenguh sendi, lelas, lesu badan, kencing manis, gaut, tekanan darah rendah, menambahkan nafsu makan.”

“Macam mana tulang badak sumbu mati berlaga.”

“Air rebusan dari tulang kaki badak mati berlaga diminum bersama campuran kicap pekat dan air tebu hitam diminum waktu pagi cukup berkesan untuk menguatkan dan mengeraskan alat kelamin lelaki, tahan lama berjuang lama di katil. Perempuan belum beranak dilarang minumnya, boleh menyebabkan mandul.”

“Haaaa………” Datuk seperti terkejut.

Sesungguhnya saya tidak melibatkan diri dalam perbincangan itu (antara datuk dan Ali Usman) lebih banyak mendengar dan memerhatikan saja. Kalau masuk campur, mungkin tidak disenangi oleh Ali Usman.

Malah, mungkin dimarahi datuk. Ali Usman bergerak ke arah lain, kesudut paling kanan. Datuk mengikut saja ke mana Ali Usman melangkah, begitu juga dengan saya.

Berada di sudut paling kanan dalam bilik tersebut seluruh badan terasa panas berbahang, macam berdiri dekat unggun api. Peluh mula mercik di seluruh badan.

“Panas?” Tanya Ali Usman.

Saya mengangguk.

“Tetapi, datuk kamu sejuk mengigil.”

Bagi mempastikan cakap Ali Usman benar atau sebaliknya, saya toleh ke arah datuk, memang benar dia mengeletar. Saya berhadapan dengan suasana yang sungguh menakjubkan. Dalam sebuah bilik, kami berhadapan dengan hawa yang berbeza.

“Tak apalah, sebentar lagi kamu akan kembali normal, setiap orang yang baru masuk ke sini akan mengalami rasa sejuk dan panas tidak bersebab,” jelas Ali Usman dengan tenang.

Saya dan datuk menerima penjelasan itu dengan hati yang terbuka. Kata-kata Ali Usman terbukti benar. Lima minit kemudian suhu badan saya dan datuk kembali normal.

“Ini tempat paling rahsia, hanya saya seorang saja yang diizinkan masuk di sini, orang lain diharamkan. Hari ini saya melanggar akibatnya,” tutur kata Ali Usman tersangkut sangkut.

Datuk tidak memperlihatkan sebarang reaksi. Bagaimanapun, Ali Usman tidak terdaya menyembunyikan keresahan batinnya dari terpamir diwajahnya.

BANTAL

Sudut paling kanan ini saya kira cukup istimewa berbanding dengan sudut sebelah kiri, terdapat tilam bersarung kain kuning, dua biji bantal beropol kain kuning juga.

Terdapat longgokkan buku (kitab) lama yang kertasnya sudah kuning. Terdapat lampu minyah tanah antik, badannya dari kaca dan corongnya juga dari kaca.

Di hujung tilam, atas rak yang dibuat dari buluh kuning tersusun berpuluh botol kecil yang berisikan aneka minyak, ada minyak dagu, minyak tupai jantan, minyak tembuni, minyak mani gajah, dan berbagai lagi. Kegunaannya untuk pengasih dan menegangkan kulit muka, demikian saya diberitahu oleh Ali Usman.

“Ini pula taring babi hutan yang mati beragan,”

Ali Usman menuding jari telunjuk ke arah tali pinggang yang penuh taring babi hutan yang berwarna putih berkilat.

“Untuk apa?” secara sepontan datuk menyoal.

“Sesiapa yang memakainya, digantung di leher, diikat di pinggang atau dijadikan azimat, orang itu tak lut peluru atau senjata tajam. Itulah yang diberitahu oleh bapa saudara kepada saya.”

“Perbuatan syirik, syukurlah saya dapat membetulkannya. Walaupun mengambil masa yang lama,” Ali Usman luahkan perasaannya dengan penuh keyakinan.

“Sepatutnya semua yang ada di sini dimusnahkan,” datuk mengemukakan cadangan. Ali Usman menarik nafas panjang sambil merenung ke arah longgokkan kitab.

“Biarkan semua yang ada di sini musnah sendiri, saya tak senang hati kalau dimusnahkan oleh orang lain.”

“Kamu ada maksud lain Ali?”

“Tidak ada, saya sendiri tidak suka dengan semua ini.”

“Baiklah, “ jawap datuk pendek.

BENAR

Sungguh mengejutkan bila Ali Usman membenarkan saya dan datuk menyentuh dan membaca kitab-kitab lama yang ada di situ. Walaupun sudah diizinkan, saya masih ragu-ragu untuk melaksanakannya.

“Boleh tuk,”

“Silakan tuk.”

Sebuah kitab lama saya buka, tulisannya sungguh ganjil bercampur aduk tulisan jawi dengan tulisan siam, Vietnam, Jawa Kuno, dan Hindustan. Sukar untuk membaca apalagi memahaminya. Tetapi, saya tidak putus asa, saya cari kitab lain dan akhirnya saya tersua dengan sebuah buku tebal yang di dalamnya tercatat nama pawang dan bomoh serta orang yang pernah berguru dengan bapa saudara Ali Usman (Si Raja Susuk).

Antaranya terdapat nama nama beberapa lelaki dan wanita dari Pahang, Kedah, Perlis, Melaka, Trengganu yang pernah menuntut ilmu denga Raja Susuk. Bila pulang ke tempat asal mereka berusaha mengembangkan ilmu tersebut di tempat masing-masing.

“Dia datang,” jerit Ali Usman.

Dengan serta merta buku ditangan saya lepaskan. Datuk yang duduk bersandar di tepi dinding segera bangun. Seluruh biji mata tertumpu ke arah pintu yang terbuka. Semuanya tergamam tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Seorang wanita dengan rambut mengerbang, memangku seorang bayi berkepala licin dalam kain putih. Sebahagian dari dadanya dibalut dengan kain merah manakala bahagian lainnya terdedah. Buah dadanya dilindungi oleh tubuh bayi yang dipangkunya.

Kain putih yang membalut tubuh si bayi kepala botak, menutup bahagian badan depan wanita tersebut iaitu dari pinggang hingga ke kaki. Dengan sepasang mata yang merah, mulut separuh terbuka bersama susunan gigi yang tinggi rendah. Wanita melangkah kea rah kami.

Di luar bilik terdengar suara tangisan bayi sedangkan bayi dalam pangkuan wanita berwajah hodoh diam kaku. Dari bahagian jenang atas pintu terhulur kain berwarna merah jambu bersama lembaga yang menyerupai muka orang hutan.

Dari lubang hidung lembaga tersebut terkeluar hembusan nafas membekalkan bau busuk.

Mata kanannya buat kehijau-hijauan, manakala mata kirinya serupa dengan mata manusia biasa. Wanita berwajah hodoh terus melangkah mendekati kami. Ali Usman cuba melakukan sesuatu. Dia berdiri sambil mengenggam penumbuk dan menentang wanita yang memangku bayi kecil kepala botak.

“Saya tahu, semuanya berpunya dari perbuatan saya membuka rahsia rumah ini pada orang lain,” jerit Ali Usman.

“Bertenang, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi,” datuk memberikan secebis nasihat dan Ali Usman akur dengan nasih tersebut. Wanita terus melangkah mendekati kami dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

225. PENUNGGU BILIK [VS February 2000]

“TERUSKAN,” kata datuk. Bila melihat saya dan Ali Usman mematikan langkah dengan mengejut.


Perasaan saya berdebar semacam. Sawang dan sarang lelabah yang bergayutan di ambang pintu putus dan jatuh ke atas bahu bahagian belakang saya.


Paling mengejutkan, berbelas-belas ekor tikus berbulu kelabu muncul dari celah jenang pintu dan tingkap lalu terjun ke arah Ali Usman dan saya. Kami terpaksa melompat, mengelakkan tubuh menjadi tempat tikus kelabu bergayut.


Dalam masa yang sama, entah dari mana datangnya kelihatan beratus-ratus ekor lipas memanjat dan terbang ke arah tangga. Bentuknya lebih besar dari lipas biasa yang sering dilihat dalam rumah.


Kepaknya hampir dua inci lebarnya. Dari badannya yang besar berkilat itu mengeluar kan bau hamis, macam bau hamis kambing randuk.


“Apa erti semuanya ini?” kata saya.


Kata-kata yang terpancut dan kelopak bibir saya, tidak mendapat tindak balas dari datuk dan Ali Usman. Inilah yang membuat saya resah.


“Allah” terkeluar lagi ungkapan dari mulut saya.


"Humm " keluhan dari datuk masuk ke lubang telinga.


“Hisss......... banyaknya,” terhambur kata dari Ali Usman.


Dan kini, enam biji mata tertumbuk ke arah barisan semut merah yang bertali arus me­manjat tiang, dinding, meniti di jenang tingkap dan bendul. Sebahagiannya jatuh terus menerpa ke arah kaki kami.


“Elakkan dari kena gigitannya,” datukmengingatkan.


Serentak saya dan Aii Usman menarik nafas cemas sambil mata mengawasi kumpulan semut merah yang jatuh menuju ke arah kaki.


"Jangan dibunuh," datang lagi ingatan dan datuk.

Bagi melaksanakan saranan datuk ini, saya dan AliUsman ada ketikanya terpaksa berjingkit dan melompat, begitu juga dengan datuk. Kerana kumpulan semut merah yang ber­jatuhan itu bukan sedikit jumlahnya, bebera­pa ekor daripadanya berjaya bergayut di hujung sepatu yangdipakai, getah di hujung sepatu terus dimamah hingga relai, giginya cukup tajam.


"Semut menggigit hujung kasut saya." adu saya pada Ali Usman sambil merenung mukanya. Dia cemas dan tidak tahu apa perkara yang patut di beritahu pada saya.


"Ambil ini."


Bagaikan kilat saya menoleh ke arah datuk yang melambungkan keris pendek kepada saya. Keris pendek tanpa hulu dan sarung se gera saya sambut. Keris dalam genggaman sa­ya renung sekali imbas.


Sepanjang yang saya ingat datuk seme mangnya tidak memiliki keris jenis ini. Dari mana dia memperolehinya. Tak kisahlah da­tuk memang suka buat kejutan dan melakukan hal hal yang pelik. Soalnya apa yang mesti saya lakukan dengan keris di tangan ini?


Bunuh semut merah dengan keris pendek? Ini kerja gila. Mana ada orang bunuh semut dengan keris. Saya terus berperang dengan perasaan sambil menggigit bibir. Kerana bosan menanti arahan dari datuk saya segera menyongsong pertanyaan:


“Tikam semut de­ngan keris Tuk?”


“Kenapa otak kau beku sangat Tamar" Sergah datuk.


JATUH


ALI USMAN ketawa kecil dan saya jadi serba salah. Memang saya kurang senang dengan tutur kata yang dihamburkan oleh datuk. Dia seolah-olah mempermain-mainkan saya.


Semut merah kian banyak berjatuhan, semuanya menuju ke arah kaki saya dan Ali Usman. Jumlah yang menuju ke kaki datuk agak berkurangan. Jika dibandingkan dengan jumlah yang meluru ke kaki kami. Tikus berbulu kelabu boleh dikatakan hanya tinggal beberapa ekor saja yang aktif melompat dan terjun.


Lipas besar berbau hamis yang tadi menguasai di dinding rumah lari menyelamatkan diri, bila semut merah muncul. Mana yang tidak sempat menyelamatkan diri terus jadi mangsa semut merah. Semuanya serba menakutkan dan membingungkan.


“Tamar.”


Perhatian kembali kepada datuk, tidak lagi kepada semut merah, tikus berbulu kelabu dan lipas yang berbau hamis.


"Ada apa tuk?"


"Banyak lagi semut merah mengigit kasut kamu?"


"Banyak tuk”


"Si Ali macammana?"


"Setakat ini belum ada yang hinggap di sepatu saya, tapi saya sudah letih melompat dan berjingkit.” Kata Ali Usman dalam nada suara yang agak cemas.


"Apa yang aku harapkan kamu berusaha jangan sampai semut merah menggigit kasut kamu, bila dah jadi macam Ta­mar, sulit sikit." terang datuk pada Ali Usman.


Kata-kata itu sudah tentu membuat saya lemah semangat. Membuat saya hilang keyakinan diri.


Bila saya lihat ke kaki, jumlah semut merah kian banyak bergayut di hujung sepatu, kalau tadi hanya sebelah, kini sudah menjadi dua belah. Saya tidak boleh bergerak kerana kaki terasa amat berat macam batu.


“Semut merah makin banyak tuk, matilah saya” nada suara saya separuh rnenangis.


Da­lam melompat dan terjingkit jingkit itu. Ali Usman masih sempat melepaskan senyum sinis untuk saya.


Sebahagian daripada muncung sepatu saya sudah berlubang digigit oleh semut merah. Begitu juga bahagian tumit. Pada bemat saya dalam beberapa minit lagi mungkin gigitan itu menembusi kulit kaki saya.


“Macamana ni tuk?” saya merayu.


"Kamu acukan hu­jung keris itu ke arah kasut kamu Tamar."


Arahan datuk segera saya turuti.


“Haaaa....” biji mata saya terbeliak.

Sebaik saja hujung keris dihalakan ke arah kumpulan semut merah, kaki yang berat terasa ringan.


Dan semut- semut di hujung sepatu berjatuhan di lantai lalu menjadi debu halus yang bertukar menjadi kelompok air berwarna kemerah-merahan dan terus bersatu (meresap) dalam papan lantai.


"Sudah habis kerja kamuTamar?"


"Dah tuk."


"Sebelum tu. Ali pergi ke arah kanan, berdiri dekat tingkap. Apa yang kamu nampak di situ, jangan disentuh dan jangan diusik." Ali Usman pun melakukan apa yang disuruh oleh datuk. Dalam sekelip mata saja Ali Usman sudah berubah tempat.


Dengan hati-hati dan penuh waspada saya pun meletakkan keris pendek di lantai Ada pancaran cahaya keluar dari huiung keris yang kemudian bertukar menjadi percikan api dan terus merayap di permukaan papan lantai, seolah-olah papan lantai disimbah minyak petrol.


PANTAS


PERKARA itu berlangsung cukup pantas sekali, sepantas semut-semut merah yang bertali-tali hilang dari penglihatan saya. Hujung dan tumit sepatu saya yang robek dan berlubang, kelihatan tidak mengalami kecacatan sedikit pun, masih seperti asal.


“Terlalu banyak rintangan." keluh Ali Us­man.


“Sabar." kata saya Tidak ada komen dari datuk.


Dengan tenang da­tuk rnendekati saya. Dia membongkok mengambil keris pendek di lantai, keris pendek tanpa hulu segera dibungkus dengan kain dua warna iaitu hitam berjalur merah.


Saya sendiri tidak tahu, bagaimana caranya datuk membungkus keris yang panjangnya kira-kira satu jengkal orang dewasa, boleh menjadi kecil sebesar ibu jari dan terus diselitkan ke celah tali pinggang lebarnya yang berwarna hijau.


Datuk menegakkan jari telunjuk ke langit kemudian manjatuhkannya perlahan-lahan hingga hujung jari itu selari dengan pintu bilik. Isyarat tersebut membawa maksud langkah seterusnya ialah menuju ke bilik yang berada di sebelah kanan Ali Usman.


Masalahnya siapa yang harus mendahului. Saya atau Ali Usman? Walaupun cahaya dapat masuk ke ruang rumah melalui pintu yang terbuka. Tetapi cahaya itu tidak menyeluruh, tidak sampai ke depan pintu bilik.


Rasa takut dan cemas setelah melalui peristiwa berdepan dengan semut merah, tikus kelabu dan lipas besar masih terkesanen di hati.


“Kamu dulu, aku ikut dari belakang.” bisik Ali Usman.


"Maaf, ini rumah bapak saudara kamu, eloklah kamu pergi dulu." saya membalas bisikan Ali Usman. Hampir lima minit masa berlalu begitu saja, kami masih belum bergerak dari tempat berdiri. Datuk sudah dua kali berdehem menyuruh kami segera melangkah.


"Buka mana-mana tingkap, baru dapat cahaya masuk dan memudahkan kamu bergerak." ujar datuk daribelakang.


Aneh! selesai saja datuk bercakap, daun tingkap yang berada tidak jauh dari saya terbuka sendri. Caha­ya matahari segera menerpa ke ruang rumah.


"Buka lagi satu ting kap," datuk bersuara. Sepasang daun tingkap yang berada betul- betul di belakang datuk terbuka sendiri. Angin terasa meluru masuk ke ruangtamu.


Dalam keadaan cemas dan takut, saya masih sempat melihat bahagian tertentu dalam rumah tersebut dipenuhi dengan jaringan sarang lelabah. Ali Usman nampak tenang dan bersahaja.


"Luas," terdengar suara datuk.


"Memang luas,” balas Ali Usman.


Saya tidak mahu melibatkan dalam dialog pendek tersebut.


Sepasang mata liar terus bergerak. Di satu sudut terdapat meja bulat kecil yang dipenuhi dengan tengkorak binatang. Berpandu kan dari bentuk tengkorak tersebut menyakinkan saya bahawa tengkorak tersebut ada lah tengkorak monyet atau sejenis dengannya.


SAKIT


TIBA-TIBA saja batang leher rasa sakit, sukar untuk digerakkan ke kiri dan ke kanan. Ali Usman dan Datuk masih bercakap sesuatu yang tidak dapat saya pastikan perkara yang mereka perkatakan.


“Ular.”


Mujur suara itu bergolak dalam dada saja. Kalau terpaksa keluar pasti datuk dan Ali Us­man melompat.Walau apa pun saya tetap cemas. Demi kepastian, saya renung kembali ke bawah meja bulat.


Saya pasti bukan nya ular di bawah meja bulat, tetapi sebatang tongkat dan kayu yang bengkang-bengkuk, manakala pemegang atau hulunya diukir kepala ular, seluruh tongkat disapu cat hitam berkilat.


Tidak jauh dan kaki meja bulat terhampar sehelai tikar mengkuang yang keempat- empat bucunya dikerat. Di bahagian tengah ditebuk bulat dan disitu terdapat tempat membakar kemenyan yang dibuat dari tembikar, masih terdapat arang yang membara mengeluarkan asap nipis. Seolah-olah baru saja lepas ditiup.


Selain dari itu, tidak terdapat benda-benda pelik yang lain. Cuma sesekali terhidu bau kemenyan dan bau daun pandan terba­kar. Datuk dan Ali Usman yang terpisah segera bersatu dan mendekati saya. Datuk berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik sambil menggigit hu­jung jari kiri dengan sepasang mata me renung lubang kunci pintu.


“Pada hemat aku, bilik ini tidak ada istimewanya, macam bilik biasa saja."


“Maksudnya?” Pintas Ali Usman.


“Bukan bilik kerjayanya.”


“Jadi mahu cari bilik kerjanya”


“Tentu sekali,” jawab datuk tegas


PELIK


ALI USMAN kerutkan dahi, ada sesuatu yang bermain dalam ternpurung kepalanya. Biji matanya mulamerenung ke setiap sudut ruang. Dia mencari bilik kerja arwah bapa saudaranya. Memang tidak ada bilik lain, selain dari bilik yang ada di depan kami.


“Buka lagi satu tingkap.” perintah datuk pada saya.


Sama seperti tadi, sebaik habis datuk bercakap tingkap yang kedudukannya agak tersorok terbuka sendiri.


Cahaya yang masuk membuka rahsia, menyuluh ke arah tirai kain berwarna hitam yang di bahagian kakinya ada garisan kain berwarna kuning.



Kalau tidak diperhatikan dengan teliti kain hitam tidak kelihatan seperti kain hitam. Malah kelihatan macam dinding rumah (semua dinding rumah dicat dengan warna hitam). Ali Usman agak terkeiut, sebelumnya dia tidak pernah melihat tirai tersebut.


"Barang kali di sebalik tirai itu bilik kerjanya. "spontan datuk bersuara. Serentak dengan itu kain tirai lucut dan penyangkutnya seperti direntap oleh seseorang yang tidak kelihatan oleh mata kasar.


"Memang itu biliknya, saya ingat sekarang," suara Ali Usman riang. Jari telunjuknya masih menuding ke arah pintu dua warna. Pintu kiri dicat hitam, manakala sebelah kanan dicat merah.


Berdasarkan dari warna di dalam rumah tersebut.Ternyata pemliknya amat berselera dengan wama hitam, merah dan sedikit warna kuning. Mungkin warna tersebut membawa erti tertentu dalam kehidupan pemiliknya atau mempunyai imej tersendiri.


"Ada kucing hitam depan pintu Tuk."


Seekor kucing hitam jenis Siam duduk berlingkar di depan pintu. Ekornya yang panjangnya bergerak-gerak menyapu lan­tai, sesekali membalik-balikkan badannya yang besar sambil mengiau panjang. Kehadiran kami bagaikan tidak menarik minatnya.


“Kucing hitam siapa?”


Saya re­nung batang hidung Ali Usman.


"Kucing peliharaan bapa saudara aku. Dari dulu lagi memang tempatnya di situ"


“Jaga pintu?” tingkah saya lagi.


“Begitulah kira-kiranya,” jawab Ali Us­man selamba dan penjelasan itu saya sambut dengan ketawa kecil.


"Salah seorang da­ri kamu mesti lakukannya, pada hemat aku orang yang paling sesuai si Ali kerana dia ada hubungan darah dengan pemiliknya." lernbut dan senada saja suara datuk mengungkapkan kata tetapi wajah Ali Usman membayangkan keresahan.


“Ayuh buka Ali”


“Sekarang?” Ali renung muka datuk.


"lya."


Ali Usman pun mengatur langkah me­nuju ke pintu bilik dua warna merah dan hitam.


Saya yang nakal mengira langkah Ali Usman. “Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tuuuuu........”, kata tidak dapat diteruskan.


Dari arah belakang dirasakan ada tangan besar yang menolak tubuh maju ke depan menuju ke bilik kerja memintas Ali Usman yang sedang melangkah.


Bagi mengelakkan perkara tidak diingini terpaksa meluruskan se­pasang ta­ngan ke de­pan dengan harapan tubuh ti­dak terdampar ke pintu dua war­na, biar tangan saja yang mencecah pintu. Semasa telapak tangan menyentuh daun pintu. Kucing yang berada di situ mengiau keras.


Belum pun sempat saya melakukan sesuatu, kucing hitam melompat ke arah muka sambil mempamirkan gigi, kukunya yang tajam dan panjang menuju ke arah biji mata. Dalam keadaan yang tergamam itu, Ali Us­man menerpa lalu memeluk tubuh saya. Akibatnya kami jatuh terguling di lantai.


CARI MANGSA


MUNGKIN kerana gagal menjadikan saya mangsanya, kucing hitam naik angin.


Mangsa seterusnya ialah datuk yang diserang dari segenap penjuru. Semua serangan itu dapat diatasi de­ngan baik. Kucing hi­tam siam yang mempunyai kekuatan tenaga luar biasa, tidak berputus asa dan terus melakukan serangan demi serangan bertubi-tubi.

Dailam usaha menewaskan datuk, lebih dari lima kali kucing hi­tam itu jatuh di sisi Ali Usman, malah ada ketikanya badannya ja­tuh atas badan Ali Us­man. Anehnya, kucing tersebut tidak pun mencakar mengigit Ali Usman.


"Bersedia kamu."


Saya dan Ali Usman yang baru bangun segera merenung ke arah datuk yang berdiri betul-betul di muka pintu.


Kucing hitam berlegar-legar di depannya. Tidak ubah seperti harimau yang cuba menarik perhatian musuhnya. Bila musuh terlalai masa itulah serangan maut dilakukan.


“Mari,”


Datuk menyelak bajunya mempamerkan daging perutnya pada kucing hitam. Perbuatan itu menyebabkan sikucing bertambah marah. Tanpa membuang masa, satu terkaman dilakukan dan dengan pantas datuk menjatuhkan dirinya dipermukaan lantai.


Kucing hitam meluru bagaikan peluru me­nuju ke pintu yang terbuka luas, lalu tercampak di halaman sambil mengiau panjang, manahan kesakitan. Saya dan Ali Usman meluru ke pintu dan berdiri di situ. Kucing hitam siam terkapar di halaman untuk beberapa detik, sebelum mengecil dan akhirnya bersatu dengan pasir di halaman rumah.


“Kita tunggu dulu, kalau -kalau kucing syaitan datang lagi.”


Arahan datuk itu kami patuhi. Lebih dari sepuluh minit masa berlalu. Tidak ada sebarang tanda atau alamat yang boleh membawa kepada keburukan. Demikianlah menurut firasat datuk.


Tugas yang dibebankan kepada Ali Us­man untuk membuka pintu bilik kerja masih belum berakhir, meskipun diganggu oleh ku­cing hitam siam. Dari gerak-geri dan air mu­ka Ali Usman, ternyata dia cukup senang de­ngan tugas tersebut. Dia tidak gentar dan cemas macam tadi.


"Semasa arwah ayah saudara ada lagi, saya memang takut semacam bila berdepan dengan kucing hitam yang menjaga bilik, kerana dia ada saya tidaklah cemas sangat." Ali Usman membuka rahsia.


"Kenapa tak cakap awal-awal." datuk gelengkan kepala


Saya dan Ali Usman ketawa serentak, penuh lucu.


“Bagaimana? boleh saya masuk.”


Datuk anggukkan kepala.


Tiga langkah Ali Us­man maju ke depan. Berdiri betul di depan pintu dua warna. Sebelum pemegang pintu dipulas, dia merenung ke arah saya dan da­tuk.


“Mari rapat dengan saya. Berdirilah di kiri dan kanan saya.”


Permintaan Ali Us­man segera dipatuhi. Saya dan datuk berdiri disisinya.


Mungkin untuk memberikan kekuatan atau semangat baru. Datuk menekankan ibu jari kirinya ke pangkal telinga kanan Ali Usman.

Ada perubahan di wajahnya, muka Ali Usman nampak merah, macam udang kena bakar. Dia nampak bersemangat sekali. Perlahan-lahan, pembuka pintu dipulas, sepasang daun pintu terkuak.


“Ya Allah”


Ali Usman tidak mampu berdiri, tubuhnya jadi lemah dan lembik. Datuk segera memangkunya, saya turut membantu.



Dengan perlahan-lahan badan Ali Usman diletakkan atas lantai.


“Kenapa Ali?” Soal datuk.


“Bapak saudara saya ada di dalam.”