Sembang

224. DISERANG PONTIANAK [VS Januari 2000]

Berpandu pada pengalaman dan apa yang dilihat, menebalkan keyakinan di hati bahawa datuk sedang bertarung dengan sesuatu, sedang memanfaatkan ilmu kebatinannya. Ali Usman tetap dengan caranya, terus bersilat dengan menjerit kecil.


Semua yang berlaku di depan mata membuat saya tidak keruan dan tidak tentu arah. Semuanya pelik dan membingungkan. Macam mana tidak pelik, Ali Usman yang tidak tahu bersilat, tiba-tiba boleh bersilat macam pendekar. Biasanya. dalam saat-saat genting seperti ini, datuk tidak mahu berada jauh dari saya, Tetapi kali ini keadaan ltu tidak berlaku.

'Huuuuuuuuuuuuuuu….Ahhhhhhhhhh…."

Suara jeritan itu membuat saya menekup sepasang lubang telinga dengan teiapak tangan. Ali Usman yang bersilat, mati langkah malah tersembam memeluk pokok jering, macam ada tenaga ghaib yang menghempaskannya kepokok tersebut. Datuk pula sudahberubah tempat, duduk bersila di atas tanah yang agak tinggi memeluk tubuh, tidak ubah macam orangbersemadi.


Bila jeritan itu berakhir, baru telapak tangan yangmenekup lubang telinga saya buka. Mata saya melilau mencari punca jeritan. Mungkin dari datuk, mungkin juga dari manusia keluang. Terlintas dalam fikiran untuk meniru bunyi jeritan tersebut.


“Batalkan apa yang kamu fikirkan. kalau kamu meniru jeritannya, kamu akan masuk perangkapnya. aku baru saja melepaskan Ali dari cengkamannya. Bila dia sudah menguasai fikiran dan hati kamu, susah jadinya," saya pasti itu adalah suara datuk.


Dengan pantas sa­ya renung ke arahnya, datuk tidak bergerak. masih macam tadi.

'Huuuuuuuuuuuu Ahhhhhhhhhh "jeritan bergema lagi.

Dan kali ini saya sudah menemui kepastiannya. jeritan itu datang dari manusia keluang. Memang wajar datuk melarang saya meniru jeritannya.


Saya teringat pesan orang tua-tua, kononnya "semangat" hantu syaitan dan makhluk ghaib boleh bersatu dengan semangat manusia, bila manusia meniru gaya dan lagak mereka seperti meniru perbuatan mereka, mengajuk suara mereka dan sebagainya.

Saya renung ke arah manusia keluang dengan harapan dia akan menjerit. Lebih dari lima minit menanti, jeritan tidak juga bergema. Apa yang saya lihat manusia keluang berhempas cuba bangun.

Segala usahanya tidak berhasil. Sebaik sahaja dapat berdiri terus rebah ke bumi. Kedua-dua belah pahanya tidak dapat menopang badannya yang besar. Keadaannya tidak ubah seperti itik patah pinggang.

Apa yang menarik manusia keluang tidak kenal putus asa. Susah macamanapun, dia tetap berusaha. Tidak lemah semangat, tidak jemu. Perlahan-lahan bibir bawah saya tekan dengan gigi atas. Kagum dengan semangat yang diperlihatkannya.

“Huuuuhhhhhhh,”

Terdengar suara manusia keluang, seperti mengeluh. Dia sudah hampir berjaya berdiri dengan sepenuhnya. Tetapi, kerana tidak dapat mengimbangi badan disebabkan perutnya yang luar biasa besar menyebabkan dia tersembam ke dada bumi semula.

Saya mula merasa kan satu perbuatan yang tidak wajar, kalau sekadar hanya melihat gerak-geri dan keranah manusia keluang itu tidak ada untungnya dan boleh mengundang kecelakaan, fikir saya dalam hati.

Tindakan selanjutnya yang boleh saya lakukan ialah merenung ke arah datuk minta bantuan. Datuk masih macam tadi masih bertafakur. Renungan saya alihkan ke arah Ali Usman. Ada perubahan pada dirinya. Keadaan sudah berubah. dia tidak lagi memeluk pangkal pokok.

"Ali."

Saya cuba bersuara. Malangnya suara saya tidak keluar. Saya lambaikan tangan ke arahnya. Tidak mendapat balasan. Suasana begini membuat saya tidak tentu arah. Dan sebagai usaha terakhir, saya bercadang mahu mengambil seketul batu kecil untuk dilontarkan ke arah Ali Usman.

JAMAH

SEMASA ketul batu dijamah. pergelangan tangan kanan terasa sengal dan sakit macam ada sesua­tu yangmenekan, Toleh kiri, toleh kanan. Tidak ada apa di sisi saya.


"Siapa yang mengganggu?"


Muncul pertanyaan dalam hati sambil perlahan-lahan menoleh ke arah manusia keluang yang sudah berdiri dengan baiknya.


'Perbuatan kamu," kata saya.

Manusia keluang bagaikan mengerti dengan bahasa yang saya tuturkan. Sepasang tangan memukul-mukul dada menggambarkan kebanggaan dan secara tidaklangsung mengakui perbuatannya terhadap diri saya.

Menyedari risiko besar menanti, saya batalkan hasrat mengutip batu kecil untuk dilemparkan ke arah Ali Usman.


Saya sedar, datuk dan Ali Usman tidak dapat menolong saya, andainya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Jadi sa­ya harus bertindak sendirian andainya terjadi sesuatu perkara di luar jangkaan.


" Allah yang maha besar, berilah kekuatan dankeyakinan untuk menentang semuanya ini. Sesungguhnya, tanpaMu. aku tidak berdaya," hati kecil saya berdoa, memohon kekuatan.


Suasana sekitar terasa agak sepi. Datuk dan Aii Usman. tidak menarik perhatian saya.


Dalam keadaan begini, mereka berdua tidak dapat memberikan sesuatu yang bererti atau bermakna dalam menghadapi situasi yang serba genting ini. Saya cubamelupakan tentang manusia keluang untuk seketika. Seluruh pancaindera zahir batin harus dikerahkan untuk mencari jalan bagi menyelamatkan diri.


Saya menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Muka saya tengadahkan ke dada langit, kelihatan awan nipis bergerak ke satu arah. Sinar mata-hari tidak segarang tadi. Sukar untuk mengagak sudah berapa lama kami (datuk, saya dan Ali Usman) berada di sini.

Sesungguhnya. memang saya mengharapkan manusia keIuang merupakan dugaan terakhir daripada episod perjuangan misteri, yang tidak boleh diterima oleh akal.

"Uhhhhhhhh….”

Saya renung ke arah kanan, kerana dari situ suara tersebut muncul. Manusia keluang melangkah ke arah saya dengan sepasang tangan dihulurkan ke arah batang leher. Dari hujung jari jemarinya terjulur kuku yang panjang dan tajam

CEMAS

SEPASANG telinga ganjilnya nampak tegak dan mengembang, giginya yang bersusun rapi dipamerkan. Dengus nafasnya, jelas kedengaran. Matanya, tidak berkedip merenung ke arah saya. Dan saya mula bekirak-kira ke arah mana harus lompatan dilakukan dan kemudian terus lari menyelamatkan diri.

"Uhhhhhhhhhhhh"

Manusia keluang melakukan lompatan yang luar biasa, Dia sudah tercegat di depan saya. Bersedia meletakkan sepasang tangan ke batang leher sambil melakukan cekikan padu hingga boleh membuat lidah terjelir sampai sekaki. Bila membayangkan tentang semuanya ini saya jadi cemas dan takut semacam.

"Selamatkan diri kamu Tamar,”

Bagaikan ledakan petir, suara datuk mengasak lubang telinga saya. Dan ketika itu, saya seperti memperolehi kekuatan yang luar biasa dan terus melompat tinggi melepasi kepala manusia keluang. Lompatan itu membawa saya berada dekat dengan datuk.

Muka datuk saya tatap dengan gerak wajah dan mulut, datuk menyuruh saya berlari kearah Ali Usman. Memang sudah diduga tindak tanduk saya menimbulkan kemarahan yang amat sangat pada manusia keluang. Perkara ini diukur dari tempekan suaranya yang menguasai kawasan sekitar.

Di saat manusia keluang meledakkan kemarahannya dengan tempekan sambil menghentak-hentakan sepasang kakinya ke permukaan bumi. Datuk segera memanfaatkan kesempatan itu dengan sebaik mungkin. Dia menguling-gulingkan diri ke arah kaki sebelah kiri manusia keluang. Taktik yang dilakukan oleh datuk dapat dikesan oleh makhluk aneh tersebut.

Perlahan-lahan dia mengangkat kaki semampu yang boleh, dalam perkiraannya biia tubuh datuk berada di bawah telapak kaki akan dijatuhkan dan sekujur tubuh datuk terbenam dalam perut bumi. Perancangan yang disusun oleh manusia aneh berjalan dengan baik, begitu juga dengan perancangan datuk. Di saat ghairah menggolekkan tubuh, tiba- tiba saja datuk kehilangan tenaga.

Tubuhnya keras kaku dan betul-betul berada di bawah telapak kaki kiri manusia keluang. Dengan tempikan dan ketawa yang tidak putus-putus, sedikit demi sedikit manusia keluang menjatuhkan telapak kakinya, tidak ada apa-apa yang datuk lakukan, hanya berserah pada Allah.

Entah macamana dalam saat genting begitu, datuk terlihat seketul teras kayu merbau hitam dihujung kakinya.

TERAS KAYU

DENGAN sisa kekuatan yang tidak seberapa, dia berusaha mengkuiskan teras kayu itu dengan ibu jari kakinya hingga sampai ke hujung tangan kanannya. Sebaik saja teras merbau hitam yang tajam dan runcing itu berada di tangannya terus dicacakkannya permukaan bumi.

Pada masa itu jarak dadanya dengan telapak kaki manusia keluang tidak sampai sepuluh inci hingga bau telapak kaki yang busuk dan hanyir itu terus menyumbat lubang hidungnya, tekaknya terasa loya dan mahu muntah.

Datuk cuba mengarahkan tubuhnya ke kanan. Kali pertama masih gagal. Kali kedua juga tidak berhasil sedangkan telapak kaki manusia keluang, makin hampir ke dadanya. Usha ketiga juga tidak menhasilkan sesuatu seperti yang diharapkan.

“Kalau kali ini gagal juga, ertinya memang sudah sampai ajalku, bisik batin datuk sambil matanya memandang ke arah telapak kaki manusia keluang yang mengerutu serta mengeluarkan bau busuk dan hapak.

Telapak kaki itu hanya berada beberapa inci saja dari dadanya. Bajunya terutama di bahagian dada basah kuyup akibat dihujani air hanyir dan hapak dari bawah telapak kaki kiri manusia keluang. Apakan daya, dia terpaksa menghidu bau yang kurang menyenangkan itu.

“Allah hu Akbar ........”

CANTUM

Tempik datuk dengan sekuat hati. Suaranya bergema ke seluruh kawasan dan pada masa yang sama, datuk terus berusaha mengubahkan kedudukan tubuhnya ke kanan. Ternyata usha itu tidak sia-sia.

Semasa telapak kaki kiri manusia keluang bercantum dengan permukaan bumi, tubuh datuk sudah bergerak jauh ke kanan. Sepasang tangannya berpaut pada sebatang pokok langsat. Dengan berpaut pada pokok tersebut, datuk mengharapkan agar dia dapat bangun dan berdiri. Dalam pada itu sepasang matanya tidak terlepas dari memerhatikan keadaan manusia keluang.

Terdengar rintihan kesakitan yang amat sangat dari manusia keluang, kami juga mendengar rintihan tersebut.

“Kakinya tertusuk benda tajam?”

Secara tiba-tiba saja Ali Usman bersuara. Datuk yang sudah duduk tersandar di batang langsat, saya lihat dia menganggukkan kepala, membenarkan pendapat Ali Usman.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Ali Usman. Manusia keluang berpusing-pusing sambil mengangkat kaki. Bila telapak kakinya dihalakan ke arah saya, kelihatam benda hitam terbenam di situ. Darah yang bercampur dengan air hanyir bercucuran kebumi. Manusia keluang berjalan terhincut-hincut.

Suaranya yang merintih menahan kesakitan sungguh memilukan meringgit-ringgit macam bayi kelaparan susu. Dia tidak tentu arah. sekejap melompat. sekejap bergulung-gulung di bumi. Kakinya yang ditusuk teras merbau hitam, tidak iepas dari pegangannya.

'Bummmmm

Manusia keluang tumbang di bumi terlentang merenung langit. Telapak kaki kirinya yang ditusuk teras kayu merbau hitam di angkatnya ke udara, seolah-olah minta bantuan pada sesiapa saja. Ada lelehan air jernih dipinggir kelopak matanya. Sedih. Sunguh melihat keadaannya.

“Huuuuuhhhhh.......”

Terdengar dengusan dari manusia keluang. Serentak dengan itu dari ibu jari kanannya keluar asap nipis yang diikuti dengan percikan bunga api


Dalam masa beberapa detik saja perci­kan bunga api itu bertukar menjadi bara api yang akhirnya mengeluarkan api dan terus marak serta merebak ke seluruh badan manusia keluang. Tubuhnya terbakar terus.


Bunyi suara api yang membakar tubuh manusia ganjil tidak ubah macam bunyi batang-batang kayu besar yang dibakar ketika membuka tanah baru. Tidak sampai sepuluh minit seluruh tubuh manusia keluang menjadi abu dan debu.

Saya menarik nafas lega, semoga selepas ini tidak ada lagi ke­jadian yang menakutkan. Dengan sisa-sisa yang masih ada datuk berjalan separuh me­rangkak menuju ke tempat mayat manusia keluang terbakar. Saya hanya melihat gerak-geri datuk dengan hati- hati dan teliti

Saat datuk duduk mencangkung di depan debu mayat, tanpa di duga angin bertiup kencang. Debu mayat berterbangan berpusing-pusing lalu membentuk sekujur tubuh perempuan berjubah putih dengan rambut mengerbang wujud di depan datuk.

Wanita yang wajahnya berkeriput dipenuhi dengan ulat-ulat kecil macam ulat nangka terus melakukan serangan mengejut ke arah datuk. Nasib baik dalam keadaan yang serba terdesak itu, datuk dapat berfkir dan membuka langkah silat untuk mempertahankan diri. Serangan dari perempuan berjubah putih berterusan. Dua tiga kali datuk jatuh terduduk akibat menerima (tendangan ) pukulan dari wanita tersebut.

Állah hu Akbar”………….”

MAYAT

SERENTAK dengan ungkapan itu, datuk mengenggam abu mayat yang berada tidak jauh darinya. Setelah membaca sesuatu debu mayat itu di campakkan ke arah wanita yang berada di awang-awangan di depannya. Angin kencang terus mati, lembaga wanita terus ghaib dan seluruh kawasan dikuasai jeritan suara wanita. Sungguh nyaring dan mengerikan.

Suasana sekitar kembali tenang. Ali Usman mengatur langkah menuju ke arah saya. Datuk yang berhadapan dengan kejadian aneh dan pelik itu hanya mengurut dada sambil menark nafas panjang.

Setelah mengumpulkan sisa-sisa tenaga yang ada datuk segera berubah tempat. Dia menuju ke arah tanah lapang dan duduk bersila di situ.

"Kamu berdua mari ke sini."


Datuk merenung tajam ke arah saya dan Ali Usman. Kami segera mendekati dan duduk di sampingnya. Sayaberada di sebelah kanan, manakala Ali Usman di kirinya.


"Wajarkah kita masuk ke rumah itu?'


Hujung telunjuk da­tuk menunding ke arah rumah Raja Susuk. Sukar untuk memberikan jawapan dan saya mengharapkan Ali Usman akan melakukan sesuatu.


"Wajar diteruskan, kalau perlu kita musnahkansemua kelengkapan di rumahnya, kerana ini adalah amanatnya," jawapan yang sungguh menyenangkan, Datuk mengkerutkan dahi, ada sesuatu yang difikirkannya.


“Kamu macamana Tamar?" Soal datuk.


"Saya hanya mengikut."

'Hmmmmmm.............. "

Datuk menelan air liur. Saya dan Ali Us­man saling berpandangan. Ruang dada terus diselubungi dengan berbagai-bagai pertanyaan. Apakah datuk bersediamenunaikan permintaan kami.


“lya kita tunaikan amanat orang bertujuan baik “ Satu jawapan yang sungguh menyenangkan.


Dan sebuah harapan berbunga di dada. Semoga seiepas ini, tidak ada dugaan dan rintangan besar yang bakal menghalang kami bertiga memasuki RA­JA SUSUK. Ka­mi pun melangkah dengan sebuah keyakinan yang kukuh.Tidak dinafikan ada gangguan-gangguan kecii serupa bayangan wanita berwajah hodoh, kulit mukanya mengerutu macam katak puru. rambut mengerbang bagaikan berterbangan di depan kami. Ada ketikanya dia berdiri di depan kami tanpa bunyi. Semuanya tidak diperhiraukan oleh datuk.

Kerana kedatangan makhluk (Pontianak) dalam keadaan seperti bebayang atau kabus, datuk terus menguaknya ke tepi dengan sepasang tangan. Setiap kali dikuak, terdengar suara wanita ketawa manja kegelian seperti digelitik.

Jangan peduli semuanya itu."

Datuk mengingatkan kami. Serentak kami anggukkan kepala. Dan akhirnya, anak tangga pertama rumah milik Raja Susuk dipijak oleh Ali Usman. Diikuti oleh datuk dan saya. Bila anak tangga kedua dipijak, pintu rumah terbuka sendiri.

4 ulasan:

  1. terima kasih
    siri bercakap dgn jin ..cerita kegemaran saya..

    BalasPadam
  2. ya kegemaran sya jgk.. terima kasih.. hai maria

    BalasPadam
  3. Harap2 dapat habiskn semua siri2 yg ade

    BalasPadam
  4. Berbulan2 jugak nk smpi part ni

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan anda!