Berpandu pada pengalaman dan apa yang dilihat, menebalkan keyakinan di hati bahawa datuk sedang bertarung dengan sesuatu, sedang memanfaatkan ilmu kebatinannya. Ali Usman tetap dengan caranya, terus bersilat dengan menjerit kecil.
Semua yang berlaku di depan mata membuat saya tidak keruan dan tidak tentu arah. Semuanya pelik dan membingungkan. Macam mana tidak pelik, Ali Usman yang tidak tahu bersilat, tiba-tiba boleh bersilat macam pendekar. Biasanya. dalam saat-saat genting seperti ini, datuk tidak mahu berada jauh dari saya, Tetapi kali ini keadaan ltu tidak berlaku.
'Huuuuuuuuuuuuuuu….Ahhhhhhhhhh…."
Suara jeritan itu membuat saya menekup sepasang lubang telinga dengan teiapak tangan. Ali Usman yang bersilat, mati langkah malah tersembam memeluk pokok jering, macam ada tenaga ghaib yang menghempaskannya kepokok tersebut. Datuk pula sudahberubah tempat, duduk bersila di atas tanah yang agak tinggi memeluk tubuh, tidak ubah macam orangbersemadi.
Bila jeritan itu berakhir, baru telapak tangan yangmenekup lubang telinga saya buka. Mata saya melilau mencari punca jeritan. Mungkin dari datuk, mungkin juga dari manusia keluang. Terlintas dalam fikiran untuk meniru bunyi jeritan tersebut.
“Batalkan apa yang kamu fikirkan. kalau kamu meniru jeritannya, kamu akan masuk perangkapnya. aku baru saja melepaskan Ali dari cengkamannya. Bila dia sudah menguasai fikiran dan hati kamu, susah jadinya," saya pasti itu adalah suara datuk.
Dengan pantas saya renung ke arahnya, datuk tidak bergerak. masih macam tadi.
'Huuuuuuuuuuuu Ahhhhhhhhhh "jeritan bergema lagi.
Dan kali ini saya sudah menemui kepastiannya. jeritan itu datang dari manusia keluang. Memang wajar datuk melarang saya meniru jeritannya.
Saya teringat pesan orang tua-tua, kononnya "semangat" hantu syaitan dan makhluk ghaib boleh bersatu dengan semangat manusia, bila manusia meniru gaya dan lagak mereka seperti meniru perbuatan mereka, mengajuk suara mereka dan sebagainya.
Saya renung ke arah manusia keluang dengan harapan dia akan menjerit. Lebih dari lima minit menanti, jeritan tidak juga bergema. Apa yang saya lihat manusia keluang berhempas cuba bangun.
Segala usahanya tidak berhasil. Sebaik sahaja dapat berdiri terus rebah ke bumi. Kedua-dua belah pahanya tidak dapat menopang badannya yang besar. Keadaannya tidak ubah seperti itik patah pinggang.
Apa yang menarik manusia keluang tidak kenal putus asa. Susah macamanapun, dia tetap berusaha. Tidak lemah semangat, tidak jemu. Perlahan-lahan bibir bawah saya tekan dengan gigi atas. Kagum dengan semangat yang diperlihatkannya.
“Huuuuhhhhhhh,”
Terdengar suara manusia keluang, seperti mengeluh. Dia sudah hampir berjaya berdiri dengan sepenuhnya. Tetapi, kerana tidak dapat mengimbangi badan disebabkan perutnya yang luar biasa besar menyebabkan dia tersembam ke dada bumi semula.
Saya mula merasa kan satu perbuatan yang tidak wajar, kalau sekadar hanya melihat gerak-geri dan keranah manusia keluang itu tidak ada untungnya dan boleh mengundang kecelakaan, fikir saya dalam hati.
Tindakan selanjutnya yang boleh saya lakukan ialah merenung ke arah datuk minta bantuan. Datuk masih macam tadi masih bertafakur. Renungan saya alihkan ke arah Ali Usman. Ada perubahan pada dirinya. Keadaan sudah berubah. dia tidak lagi memeluk pangkal pokok.
"Ali."
Saya cuba bersuara. Malangnya suara saya tidak keluar. Saya lambaikan tangan ke arahnya. Tidak mendapat balasan. Suasana begini membuat saya tidak tentu arah. Dan sebagai usaha terakhir, saya bercadang mahu mengambil seketul batu kecil untuk dilontarkan ke arah Ali Usman.
JAMAH
SEMASA ketul batu dijamah. pergelangan tangan kanan terasa sengal dan sakit macam ada sesuatu yangmenekan, Toleh kiri, toleh kanan. Tidak ada apa di sisi saya.
"Siapa yang mengganggu?"
Muncul pertanyaan dalam hati sambil perlahan-lahan menoleh ke arah manusia keluang yang sudah berdiri dengan baiknya.
'Perbuatan kamu," kata saya.
Manusia keluang bagaikan mengerti dengan bahasa yang saya tuturkan. Sepasang tangan memukul-mukul dada menggambarkan kebanggaan dan secara tidaklangsung mengakui perbuatannya terhadap diri saya.
Menyedari risiko besar menanti, saya batalkan hasrat mengutip batu kecil untuk dilemparkan ke arah Ali Usman.
Saya sedar, datuk dan Ali Usman tidak dapat menolong saya, andainya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Jadi saya harus bertindak sendirian andainya terjadi sesuatu perkara di luar jangkaan.
" Allah yang maha besar, berilah kekuatan dankeyakinan untuk menentang semuanya ini. Sesungguhnya, tanpaMu. aku tidak berdaya," hati kecil saya berdoa, memohon kekuatan.
Suasana sekitar terasa agak sepi. Datuk dan Aii Usman. tidak menarik perhatian saya.
Dalam keadaan begini, mereka berdua tidak dapat memberikan sesuatu yang bererti atau bermakna dalam menghadapi situasi yang serba genting ini. Saya cubamelupakan tentang manusia keluang untuk seketika. Seluruh pancaindera zahir batin harus dikerahkan untuk mencari jalan bagi menyelamatkan diri.
Saya menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Muka saya tengadahkan ke dada langit, kelihatan awan nipis bergerak ke satu arah. Sinar mata-hari tidak segarang tadi. Sukar untuk mengagak sudah berapa lama kami (datuk, saya dan Ali Usman) berada di sini.
Sesungguhnya. memang saya mengharapkan manusia keIuang merupakan dugaan terakhir daripada episod perjuangan misteri, yang tidak boleh diterima oleh akal.
"Uhhhhhhhh….”
Saya renung ke arah kanan, kerana dari situ suara tersebut muncul. Manusia keluang melangkah ke arah saya dengan sepasang tangan dihulurkan ke arah batang leher. Dari hujung jari jemarinya terjulur kuku yang panjang dan tajam
CEMAS
SEPASANG telinga ganjilnya nampak tegak dan mengembang, giginya yang bersusun rapi dipamerkan. Dengus nafasnya, jelas kedengaran. Matanya, tidak berkedip merenung ke arah saya. Dan saya mula bekirak-kira ke arah mana harus lompatan dilakukan dan kemudian terus lari menyelamatkan diri.
"Uhhhhhhhhhhhh"
Manusia keluang melakukan lompatan yang luar biasa, Dia sudah tercegat di depan saya. Bersedia meletakkan sepasang tangan ke batang leher sambil melakukan cekikan padu hingga boleh membuat lidah terjelir sampai sekaki. Bila membayangkan tentang semuanya ini saya jadi cemas dan takut semacam.
"Selamatkan diri kamu Tamar,”
Bagaikan ledakan petir, suara datuk mengasak lubang telinga saya. Dan ketika itu, saya seperti memperolehi kekuatan yang luar biasa dan terus melompat tinggi melepasi kepala manusia keluang. Lompatan itu membawa saya berada dekat dengan datuk.
Muka datuk saya tatap dengan gerak wajah dan mulut, datuk menyuruh saya berlari kearah Ali Usman. Memang sudah diduga tindak tanduk saya menimbulkan kemarahan yang amat sangat pada manusia keluang. Perkara ini diukur dari tempekan suaranya yang menguasai kawasan sekitar.
Di saat manusia keluang meledakkan kemarahannya dengan tempekan sambil menghentak-hentakan sepasang kakinya ke permukaan bumi. Datuk segera memanfaatkan kesempatan itu dengan sebaik mungkin. Dia menguling-gulingkan diri ke arah kaki sebelah kiri manusia keluang. Taktik yang dilakukan oleh datuk dapat dikesan oleh makhluk aneh tersebut.
Perlahan-lahan dia mengangkat kaki semampu yang boleh, dalam perkiraannya biia tubuh datuk berada di bawah telapak kaki akan dijatuhkan dan sekujur tubuh datuk terbenam dalam perut bumi. Perancangan yang disusun oleh manusia aneh berjalan dengan baik, begitu juga dengan perancangan datuk. Di saat ghairah menggolekkan tubuh, tiba- tiba saja datuk kehilangan tenaga.
Tubuhnya keras kaku dan betul-betul berada di bawah telapak kaki kiri manusia keluang. Dengan tempikan dan ketawa yang tidak putus-putus, sedikit demi sedikit manusia keluang menjatuhkan telapak kakinya, tidak ada apa-apa yang datuk lakukan, hanya berserah pada Allah.
Entah macamana dalam saat genting begitu, datuk terlihat seketul teras kayu merbau hitam dihujung kakinya.
TERAS KAYU
DENGAN sisa kekuatan yang tidak seberapa, dia berusaha mengkuiskan teras kayu itu dengan ibu jari kakinya hingga sampai ke hujung tangan kanannya. Sebaik saja teras merbau hitam yang tajam dan runcing itu berada di tangannya terus dicacakkannya permukaan bumi.
Pada masa itu jarak dadanya dengan telapak kaki manusia keluang tidak sampai sepuluh inci hingga bau telapak kaki yang busuk dan hanyir itu terus menyumbat lubang hidungnya, tekaknya terasa loya dan mahu muntah.
Datuk cuba mengarahkan tubuhnya ke kanan. Kali pertama masih gagal. Kali kedua juga tidak berhasil sedangkan telapak kaki manusia keluang, makin hampir ke dadanya. Usha ketiga juga tidak menhasilkan sesuatu seperti yang diharapkan.
“Kalau kali ini gagal juga, ertinya memang sudah sampai ajalku, bisik batin datuk sambil matanya memandang ke arah telapak kaki manusia keluang yang mengerutu serta mengeluarkan bau busuk dan hapak.
Telapak kaki itu hanya berada beberapa inci saja dari dadanya. Bajunya terutama di bahagian dada basah kuyup akibat dihujani air hanyir dan hapak dari bawah telapak kaki kiri manusia keluang. Apakan daya, dia terpaksa menghidu bau yang kurang menyenangkan itu.
“Allah hu Akbar ........”
CANTUM
Tempik datuk dengan sekuat hati. Suaranya bergema ke seluruh kawasan dan pada masa yang sama, datuk terus berusaha mengubahkan kedudukan tubuhnya ke kanan. Ternyata usha itu tidak sia-sia.
Semasa telapak kaki kiri manusia keluang bercantum dengan permukaan bumi, tubuh datuk sudah bergerak jauh ke kanan. Sepasang tangannya berpaut pada sebatang pokok langsat. Dengan berpaut pada pokok tersebut, datuk mengharapkan agar dia dapat bangun dan berdiri. Dalam pada itu sepasang matanya tidak terlepas dari memerhatikan keadaan manusia keluang.
Terdengar rintihan kesakitan yang amat sangat dari manusia keluang, kami juga mendengar rintihan tersebut.
“Kakinya tertusuk benda tajam?”
Secara tiba-tiba saja Ali Usman bersuara. Datuk yang sudah duduk tersandar di batang langsat, saya lihat dia menganggukkan kepala, membenarkan pendapat Ali Usman.
Memang benar apa yang dikatakan oleh Ali Usman. Manusia keluang berpusing-pusing sambil mengangkat kaki. Bila telapak kakinya dihalakan ke arah saya, kelihatam benda hitam terbenam di situ. Darah yang bercampur dengan air hanyir bercucuran kebumi. Manusia keluang berjalan terhincut-hincut.
Suaranya yang merintih menahan kesakitan sungguh memilukan meringgit-ringgit macam bayi kelaparan susu. Dia tidak tentu arah. sekejap melompat. sekejap bergulung-gulung di bumi. Kakinya yang ditusuk teras merbau hitam, tidak iepas dari pegangannya.
'Bummmmm
Manusia keluang tumbang di bumi terlentang merenung langit. Telapak kaki kirinya yang ditusuk teras kayu merbau hitam di angkatnya ke udara, seolah-olah minta bantuan pada sesiapa saja. Ada lelehan air jernih dipinggir kelopak matanya. Sedih. Sunguh melihat keadaannya.
“Huuuuuhhhhh.......”
Terdengar dengusan dari manusia keluang. Serentak dengan itu dari ibu jari kanannya keluar asap nipis yang diikuti dengan percikan bunga api
Dalam masa beberapa detik saja percikan bunga api itu bertukar menjadi bara api yang akhirnya mengeluarkan api dan terus marak serta merebak ke seluruh badan manusia keluang. Tubuhnya terbakar terus.
Bunyi suara api yang membakar tubuh manusia ganjil tidak ubah macam bunyi batang-batang kayu besar yang dibakar ketika membuka tanah baru. Tidak sampai sepuluh minit seluruh tubuh manusia keluang menjadi abu dan debu.
Saya menarik nafas lega, semoga selepas ini tidak ada lagi kejadian yang menakutkan. Dengan sisa-sisa yang masih ada datuk berjalan separuh merangkak menuju ke tempat mayat manusia keluang terbakar. Saya hanya melihat gerak-geri datuk dengan hati- hati dan teliti
Saat datuk duduk mencangkung di depan debu mayat, tanpa di duga angin bertiup kencang. Debu mayat berterbangan berpusing-pusing lalu membentuk sekujur tubuh perempuan berjubah putih dengan rambut mengerbang wujud di depan datuk.
Wanita yang wajahnya berkeriput dipenuhi dengan ulat-ulat kecil macam ulat nangka terus melakukan serangan mengejut ke arah datuk. Nasib baik dalam keadaan yang serba terdesak itu, datuk dapat berfkir dan membuka langkah silat untuk mempertahankan diri. Serangan dari perempuan berjubah putih berterusan. Dua tiga kali datuk jatuh terduduk akibat menerima (tendangan ) pukulan dari wanita tersebut.
Állah hu Akbar”………….”
MAYAT
SERENTAK dengan ungkapan itu, datuk mengenggam abu mayat yang berada tidak jauh darinya. Setelah membaca sesuatu debu mayat itu di campakkan ke arah wanita yang berada di awang-awangan di depannya. Angin kencang terus mati, lembaga wanita terus ghaib dan seluruh kawasan dikuasai jeritan suara wanita. Sungguh nyaring dan mengerikan.
Suasana sekitar kembali tenang. Ali Usman mengatur langkah menuju ke arah saya. Datuk yang berhadapan dengan kejadian aneh dan pelik itu hanya mengurut dada sambil menark nafas panjang.
Setelah mengumpulkan sisa-sisa tenaga yang ada datuk segera berubah tempat. Dia menuju ke arah tanah lapang dan duduk bersila di situ.
"Kamu berdua mari ke sini."
Datuk merenung tajam ke arah saya dan Ali Usman. Kami segera mendekati dan duduk di sampingnya. Sayaberada di sebelah kanan, manakala Ali Usman di kirinya.
"Wajarkah kita masuk ke rumah itu?'
Hujung telunjuk datuk menunding ke arah rumah Raja Susuk. Sukar untuk memberikan jawapan dan saya mengharapkan Ali Usman akan melakukan sesuatu.
"Wajar diteruskan, kalau perlu kita musnahkansemua kelengkapan di rumahnya, kerana ini adalah amanatnya," jawapan yang sungguh menyenangkan, Datuk mengkerutkan dahi, ada sesuatu yang difikirkannya.
“Kamu macamana Tamar?" Soal datuk.
"Saya hanya mengikut."
'Hmmmmmm.............. "
Datuk menelan air liur. Saya dan Ali Usman saling berpandangan. Ruang dada terus diselubungi dengan berbagai-bagai pertanyaan. Apakah datuk bersediamenunaikan permintaan kami.
“lya kita tunaikan amanat orang bertujuan baik “ Satu jawapan yang sungguh menyenangkan.
Dan sebuah harapan berbunga di dada. Semoga seiepas ini, tidak ada dugaan dan rintangan besar yang bakal menghalang kami bertiga memasuki RAJA SUSUK. Kami pun melangkah dengan sebuah keyakinan yang kukuh.Tidak dinafikan ada gangguan-gangguan kecii serupa bayangan wanita berwajah hodoh, kulit mukanya mengerutu macam katak puru. rambut mengerbang bagaikan berterbangan di depan kami. Ada ketikanya dia berdiri di depan kami tanpa bunyi. Semuanya tidak diperhiraukan oleh datuk.
Kerana kedatangan makhluk (Pontianak) dalam keadaan seperti bebayang atau kabus, datuk terus menguaknya ke tepi dengan sepasang tangan. Setiap kali dikuak, terdengar suara wanita ketawa manja kegelian seperti digelitik.
Jangan peduli semuanya itu."
Datuk mengingatkan kami. Serentak kami anggukkan kepala. Dan akhirnya, anak tangga pertama rumah milik Raja Susuk dipijak oleh Ali Usman. Diikuti oleh datuk dan saya. Bila anak tangga kedua dipijak, pintu rumah terbuka sendiri.
Sembang
223. DIUSIK MANUSIA KELUANG [VS Disember 1999]
Suaranya mula bergema, macam suara singa betina sarkas yang lapar. Keluang kian banyak bertenggek di dahan pokok besar. Suara dari kumpulan keluang itu amat mengganggu sekali.
Sambil berbunyi kumpulan keluang itu terus melepaskan biji dan kulit rambutan yang dibawa dari kawasan kampung berdekatan. Tidak memadai dengan itu, kumpulan keluang tersebut terus berak dan kencing. Kami terpaksa berhadapan dengan bau yang kurang menyenangkan.
Ada keganjilan yang cukup ketara dilakukan oleh Ali Usman. Saya tidak tahu apakah perkara yang dilakukannya itu merupakan petua atau syarat yang telah diterapkan oleh datuk kepadanya.
Setiap sepuluh kali melangkah. Ali Usman berhenti dan menoleh ke arah saya dan datuk. Sudah tiga kali dia berbuat demikian. Peliknya manusia keluang juga turut berbuat demikian.
Sepuluh langkah menuju ke depan terus terhenti. menoleh ke arah pangkal pokok besar, macam ada sesuatu yang dilihatnya di situ, seperti menerima arahan sesaorang dari pokok besar.
"Maju terus jangan menoleh ke arah kami.'
Arahan dari datuk segera dipatuhi oleh Ali Usman.
“Ingat, aku bersama kamu Ali, tambah datuk lagi. Suara cukup lantang sekali.
Dari jauh Ali Usman anggukkan kepala dan mengangkat tangan. Datuk senyum kerana dia tahu Ali Usman sudah cukup bersedia. Tidak boleh diganggu gugat, tidak mudah patah semangat.
Manusia kelawar juga mengikut rentak Ali Usman. Cepat langkah Ali Usman, cepat juga langkahnya. Ali Usman angkat tangan, dia juga angkat tangan. Ali Usman anggukkan kepala, dia juga anggukkan kepala. Saya berdepan dengan suasana yang melucukan dan memaksa saya ketawa kecil.
KETAWA
“Jangan ketawa Tamar,” tegah datuk.
“Kelakuan makhluk ganjil tu macam kartun tuk.'
"Biarkan, kita tunggu dan lihat."
"Tapi, dia mempermain-mainkan kita tuk,” saya luahkan rasa kurang senang.
'Kita tengok. sejauh mana dia mahu memperdayakan kita," kata datuk sambil mengigit bibir.
Jawapan datuk itu memang tidak menggembirakan hati. Saya dongakkan kepala ke dada langit, melihat awan putih nipis bergerak ke arah gunung di selatan
Bila datuk meluah kan kata "Kita lihat sejauh mana dia mahu memperdayakan kita, Dalam erti kata lain, datuk tidak mahu bertindak Dia sekadar mahu menonton saja.
Perhatian kembali ditumpukan kearah Ali Usman yang terus mara penuh semangat. Begitu juga dengan manusia kelawar. Di duga satu pertarungan hebat lagi mencemaskan pasti berlaku. Antara manusia kelawar dengan Ali Usman siapakah yang lebih hebat?
"Jangan kemana-mana Kamu duduk di sini.”
Datuk segera bergerak ke perdu pokok Pulai patah dahan akibat dipanah petir.
Dengan tenang bersandar di situ, telapak kaki kirinya menekan akar pulai yang menolak bumi. Kaki kanannya diangkat separas lutut. Ekor matanya menjeling ke arah Ali Usman dan manusia kelawar.
“Nampaknya, datuk mula membuat persiapan,” cetus batin saya sambil merenung ke arahnya.
"Jangan renung aku, tengok ke arah Ali, 'sergah datuk.
"Baik tuk." sahut saya cemas
SASARAN
ALI Usman dan manusia kelawar kembali menjadi sasaran sepasang anak mata saya. Kalau tadi langkah mereka rancak dan penuh semangat, kini kelihatan agak lemah
Jarak rnereka antara satu sama lain kian dekat. Pada hemat saya, sepuluh tapak melangkah ke depan pasti berlaga batang hidung.
Andainya Ali Usman menjadi korban manusia kelawar, apa kah tindakan selanjutnya yang akan datuk lakukan?
Mungkinkah datuk bertindak atau lepas tangan. Semuanya bagaikan diundang muncul dalam tempurung kepala. Dalam saat genting begini, perkara yang negatif saja yang muncul. Kenapa hal-hal yang positif tidak mahu datang? Suara kalbu saya terus bergelora dan bergolak.
"Ahhhh..... "
Saya terkejut, Ali Usman dan manusia kelawar, berhenti melangkah, masing-masing terpaku kaku. Mereka terpisah dalam jarak sepuluh langkah. Terfikir oleh saya untuk merenung ke arah datuk yang bersandar di pangkal pokok Pulai .Tetapi, bila teringatkan pesannya, hasrat tersebut terpaksa dibekukan.
"Dummmm...... "
Bergema ledakan yang kuat. Bumi yang dipijak terasa bergegar dan badan terlayah ke kiri dan ke kanan. Akhirnya tersembam di permukaan bumi, berpusing-pusing macam gasing dan tercampak di pangkal pukok Pulai, tempat datuk bersandar.
"Bangun Tamar."
Sedaya upaya saya berusaha untuk bangun dengan berpaut pada lutut datuk, Bila berhasil berdiri dengan sempurna, jari jemari kanan datuk menepuk bahu kiri saya tiga kali berturut-turut.
Serentak dengan itu terdengar suara datuk menyebut beberapa potong ayat dari al- Quran untuk menghalau syaitan.
“Nampaknya aku seperti dicabar."
Datuk melepaskan geramnya dengan menumbuk pangkal Pulai hingga meninggalkan bekas. Kulit pokok tersebut terkupas.Tersentak dengan tindak-tanduk itu, saya seperti mendapat semangat baru. Apa yang dialami sebentar tadi bagaikan tidak terasa.
"Tenaga kamu dah pulih Tamar?"
MENOLEH
SOALAN datuk saya jawab dengan anggukkan.
Entah macammana, seperti di dorong oleh sesuatu saya menoleh ke arah Ali Usman dan manusia kelawar. Kedua-duanya terkapar di tanah. Ali Usman terlentang menentang langit sedangkan manusia kelawar tertiarap dengan sepasang kakinya masih menggeletek, macam ekor cicak yang terputus dari badan.
"Sungguh ganjil, semuanya ganjil."
Datuk mengeluh, rupa-rupanya dia juga merenung ke arah yang sama seperti saya. Kami saling berpandangan tanpa sepatah kata. Bila saya amat-amati seperti ada kabus nipis keluar dari hujung kaki manusia kelawar.
Kabus nipis itu kelihatan naik memanjang ke udara yang kemudiannya mengembang akhirnya terus menghilang. Tanah berhampiran telinga manusia kelawar nampak berlubang sebesar buah kelapa. Otak nakal, segera membuat andaian, mungkin ledakan tersebut berpunca dari situ.
"Ah.... dia masih hidup , syukur."
Itu yang muncul di hati. bila melihat sepasang kaki dan tangan Ali Usman bergerak- gerak. menggeliat macam orang terjaga dari tidur yang panjang. Beberapa minit berikutnya terus duduk.
"Ali dah duduk Tuk,” kata saya.
Tiada jawapan dan datuk tetapi, sepasang anak matanya masih terpanah ke arah Ali Usman yang sedang menggerakkan kepalanya kekiri dan ke kanan.
" Mari Tamar."
Datuk pun menarik tangan. saya dengan kasar. Kami terus berlari anak mendapatkan Ali Usman yang tertonggok kebingungan.
Manusia kelawar yang terkapar tidak karni hiraukan. suara kumpulan beburung gagak yang berpadu dengan suara jeritan kelawar liar dari pepohon sekitar kawasan tersebut, tidak kami pedulikan.
"Ali bagaimana kamu?' Tanya datuk.
Tiada jawapan dari Ali Usman.
Datuk terus meletakkan telapak tangan kanannya ke dahi Ali Usman. Perlahan-lahan teiapak tangannya bergerak ke atas permukaan rambut hingga ke bahagian belakang tengkuk.
Perkara sedemikian dilakukan oleh datuk sebanyak tiga kali berturut-turut. Dan sebagai penamatnya, belakang Ali Usman ditumbuk dengan sekuat hati hingga tersedak dan muntah. Manusia kelawar terus mengeruh macam babi hutan kena peluru senapang kampung.
PANTAS
DENGAN pantas saya merapatkan sepasang kelopak mata. tidak sanggup melihat muntah Ali Usman yang melambak di tanah. Sebagai manusia, rasa ingin tahu membuat aaya membuka kelopak mata semula. Muntah yang berwarna kekuningan bercampur kehijauan dan berlendir membuat bulu tengkuk saya meremang dan tekak jadi loya.
Ahhhhhhh.... "
Saya mengalami kejutan yang luar biasa, bersama muntah yang berlendir itu keiihatan batu-batu kerikil, tanah liat. beberapa batang paku belanda serta serpihan tembikar.
"Muntahkan lagi, biar semua yang ada di dalam isi perut kamu keluar.” lembut nada suara datuk selembut telapak tangannya mengurut belakang Ali Usman.
"Saya tak terdaya lagi," suara All Usman tersangkut-sangkut.
'Hummmmmmm,,,,'
Datuk menarik nafas dalam-dalam Seiring dengan tarikan nafas itu datuk terus menepuk belakang Ali Usman dengan sekuat hati.
"Weeeeekkkkkk "
Ali Usman membongkok. Dan lubang mulutnya terpancut muntah air yang keruh dan berkeladak. Baunya masam sekali. Bila muntah air tidak lagi memancut dari mulutnya. Ali Usman nampak keletihan dan tidak bermaya, lembik macam ayam berak kapur.
"Kamu letih," tanya datuk.
Ali Usman anggukkan kepala
“Tekak kamu kering."
Macam tadi juga. Ali Usman terus mengangguk.
"Kamu dahaga." All Usman gelengkan kepala.
"Bagaimana, apakah semuanya akan berakhir? tersekat-sekat Ali Usman me- ngajukan pertanyaan. Buat seketika, datuk termenung sambil menekan-nekan pangkal dagunya dengan ibu jari kanan.
"Kalau mengikut gerak langkah. petua orang tua-tua. semuanya sudah mahu berakhir," jawab datuk selamba.
Dan secara tidak langsung memberikan khabar gembira buat saya.
“U uuuhhhhhh '
Serentak saya dan datuk menoleh ke arah suara tersebut. Manusia kelawar yang hampir dilupakan cuba bergerak dan berdiri. Tetapi tidak berhasil. Suara gagak dan jeritan kelawar liar mula berkurangan. Agak lama juga datuk merenungi manusia kelawar. Kelopak bibir datuk bergerak-gerak. Tidak tahu apa yang dikatakannya.
Mungkin dia menyebut sumpah petua orang tua-tua. Mungkin juga dia membaca potongan ayat-ayat dari al-Quran. Fikir saya dalam hati.
“Ah! pedulikan dia, kita uruskan hal si Ali ini dulu. Tak guna kita membuang masa di sini, kalau kita terlalu lama di sini, nanti orang yang menunggu marahkan kita.” anak mata datuk menikam wajah. Bibir bawah saya tekan dengan gigi hingga berbekas
Apakah pertanyaan itu wajar dijawab dengan kata-kata atau dengan gerak badan Sukar untuk saya membuat keputusan.
"Bagaimana? apakah pendapat aku itu betul atau salah. Tamar?
Perasaan jadi tidak tentu arah, hati berdebar semacam. Jarang sekali datuk meminta pendapat atau pandangan dari saya.
"Betui tuk," kata saya penuh yakin.
"Hummmm........ "suara datuk lemah.
Lagi sekali datuk mengusap wajah Ali Usman hingga ke bahagian belakang tengkuk Kedua-dua belah sayap bahu turut menjadi mangsa jari jemari datuk.
MUNTAH
SETIAP kali picit dilakukan, Ali Usman batuk terbahak-bahak, bau mulutnya busuk kesan muntah. Dari bahu, jari-jemari datuk turun ke tengah belakang dan akhirnya singgah di bahagian pinggang lebih tepatnya di belikat Ali Usman kegelian. Dengkur manusia kelawar sekejap keras sekejap lembik.
"Tamar kamu picit kedua-dua belah buah betisnya."
“ I y a Tuk."
Tanpa diarahkan. Ali Usman memberikan kerjasama yang sungguh baik. Sepasang kakinya dilunjurkan, Dan buah betis yang dipadati dengan daging keras terus saya picit.
“Cuba berdiri.”
Cakap datuk segera di patuhi, secara perlahan-lahan dan penuh hati-hati Ali Usman berusaha berdiri. Kali pertama gagal, kali kedua juga gagal. Kepala lututnya, seolah-olah tidak berfungsi sama sekali. Tetapi usha kali ketiga cemerlang sekali. Dapat berdiri seperti keadaan asal. Ali Usman boleh menghayunkan kakinya ke kiri dan ke kanan, sesuka hati. Kegembiraan terpancar dimuka datuk dan saya menarik nafas lega.
“Saya dah pulih.”
Ali Usman memberitahu datuk, seiring dengan senyum berlari di kelopak bibir. Dua tiga kali, sepasang tangannya diangkat dan dijatuhkan.
"Aku tahu Ali.".
"Sekarang saya boleh berjalan?"
"Nanti dulu."
"Kenapa pula” Ali Usman kehairanan.
Datuk tidak memberikan jawapan pasti, sebaliknya mencabut keris di pinggang dan terus membongkok. Dengan hujung keris pendek dia mencungkil dan mengkuis-kuis tanah lalu dikumpulkan menjadi dua longgokan.
Dua helai daun hijau yang lebar dipetik ranting pokok berdekatan.
Memang diyakini, daun yang berada di tangan datuk adalah daun mengkudu hutan yang mempunyai khasiat tersendiri Setiap urat di daun boleh dijadikan penawar sakit berbisa. Memilih daun untuk dijadikan penawar harus pandai, mesti diipilih urat daun yang bertindih. Daunnya tidak terlalu tua, tidak pula terlalu muda. Tangkainya mesti terdapat garis-garis nipis.
PETIK
KEDUDUKAN daun yang mahu dipetik itu mestilah mengarah ke kiblat. Dimulai dengan Bismillah dan diakhiri dengan selawat terhadap Nabi besar.
Ciri-ciri itulah yang dilakukan oleh datuk. Saya masih buntu dan tidak dapat menduga untuk apa daun mengkudu hutan itu dipetik oleh datuk.
"Untuk apa?" tanya saya sendirian.
Bila melihat datuk membungkus dua longgokan tanah dengan daun mengkudu hutan. Tak ubah seperti membungkus nasi lemak.
Kemari dan berdiri di depan aku."
Macam kanak-kanak Tadika Ah Usman mematuhi cakap datuk.
Saya menelan air, perhatian tetap saya tumpukan pada datuk dan Ali Usman. Suara gagak dan jentan kelawar sudah pun berakhir. Di ganti dengan kicau burung.
"Lipat seluar kamu hingga paras pangkal paha," lantang suara datuk menguasai kawasan sekitar. Ali Usman pun membongkok lalu menggulung kaki seluarnya seperti yang diinginkan oleh datuk.
"Lagi apa yang mesti saya buat," Ali Usman pula bertanya.
“Begini, semasa aku melumurkan kedua-dua lutut kamu dengan tanah, kamu bacalah surah Al-Fatihah tujuh kali. minta pertolongan dan perlindungan dari Allah, kamu faham."
"Faham," angguk Ali Usman.
Sebelum bungkusan berisi tanah singgah di kepala lutut Ali Usman, hujung keris kecil dicucuk ke bahagian bucu bungkusan tiga kali berturut-turut. Kemudian baru bungkusan berisi tanah dihempaskan ke kepala lutut Ali Usman.
Bila bungkusan pecah, tanah bertaburan dan Ali Usman menjerit kesakitan untuk seketika. Cebisan daun pembungkus segera dikutip oleh datuk lalu dilemparkan ke arah tubuh manusia kelawar.
Sebaik saja terkena cebisan daun mengkudu hutan, manusia kelawar terus bangun terpekik terlolong mengejutkan dan menghentikan nyanyian beburung.
“Tuk. “
Saya tidak dapat meneruskan kata-kata bila melihat datuk mengangkat tangan kiri dan mengembangkan ke lima-Iima jarinya ke arah saya.
GANJIL
GERAK tangan itu bermaksud jangan bertanya kerana dia sedang menggunakan indera yang kelima untuk berhadapan dengan manusia kelawar.
Ali Usman yang sudah dipulihkan oleh datuk, berkelakuan agak ganjil seperti bersilat. beradu kekuatan dengan seseorang. Datuk berdiiri kaku sambii memeluk tubuh, perhatian tertumpu ke satu arah. Dia bagaikan memisahkan dirinya dan alam nyata untuk masuk ke alam lain.
Bila sudah demikian. secara tidak langsung membawa perubahan fizik pada datuk. Tubuhnya menggeletar sebelum dia undur tiga tapak ke belakang untuk mencari kedudukan yang baik dan selamat.
"Haiiiiii "
Teriakan datuk itu membuat saya terus merenung ke arahnya. Ada perubahan di wajahnya, keras tegang bercampur bengis. Rambutnya kelihatan seperti mengembang terutama yang dekat cuping telinga, hujung tengkuk dan pelipis.
Kedua-dua telinganya merah, hidungnya kembang kempis. Setiap kali dia menarik dan melepaskan nafas dadanya nampak berombak. Urat dan otot ditubuh seperti membengkak.
Jika diperhatikan dengan teliti tanpa berkerdip macam ada bebayang asap keluar dari tubuhnya.

222. DISERANG MONYET JADIAN [VS November 1999]
Dalam masa yang amat singkat beratus –ratus ekor monyet menguasai bumbung rumah dan pokok ara besar. Semua monyet tersebut memperlihatkan kemarahan. Tidak mahu menerima kehadiran kami.
Bila saya acah kemarahan kumpulan monyet itu kian menjadi-jadi. Malah ada yang berani mendekati kami. Datuk dan Ali Usman tetap tenang. Buat saya, keadaan begini sungguh membosankan, menjadikan saya tidak tentu arah dan lemas sendirian. Mahu rasanya menjerit sekuat hati.
Ketika saya membongkok mahu mengambil sepotong kayu di hujung kaki untuk dibalingkan ke arah monyet-monyet yang menjerit, datuk segera memagang tangan saya.
“Jangan,” suara datuk keras.
“Jangan Tamar, monyet-monyet di sini kalau diganggu akan mengamuk, susah kita dibuatnya.”
Ali Usman bagaikan menyokong tindakan yang datuk buat.
“Mana kamu tahu?”
“Aku sudah mengalaminya, dulu aku datang ke sini, seekor monyet jantan mengacah-acah aku di kepala tangga. Bila di baling dengan kayu se kumpulan monyet lain datang menyerang. Nasib baik bapa saudara aku ada. Kalau dia tak ada tak tahulah apa nak kata.”
“Hmmmmm.............” keluh saya.
Bila melihat kumpulan monyet kian bertambah, datuk seperti keresahan. Lebih-lebih lagi bila melihat ukuran badan satu kali lebih besar dari monyet biasa.. Terdapat juga satu kumpulan monyet berbulu putih dan kemerahan. Kumpulan yang berbulu kemerah-merahan ini lebih agresif berbanding dengan kumpulan yang lain.
“Keadaan ini tidak boleh dibiarkan, kita sebenarnya dalam bahaya. Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, kita mesti bertindak.”
Sebaik saja selesai bercakap, datuk mematahkan batang pokok kemahang yang ada disisinya. Batang kemahang itu dipatah tiga. Bahagian bawah dihumbankan ke bawah rumah manakala bahagian atas dicacak kebumi.
Batang bahagian tengah ditimang beberapa kali. Berdaasarkan gerak mulutnya, saya yakin datuk sedang membaca ayat-ayat suci. Bila pembacaannya tamat, kayu yang ditimang terus digenggam erat.
Kemudian potongan kayu itu terus dilemparkan ke pangkal pokok ara besar. Monnyet-monyet liar yang bergayutan bertempiaranmenuju kearah bukit kecil.
Akibat dari lompatan monyet-monyet tersebut, dedaun muda dan tua berguguran ke bumi. Reranting yang kering berjatuhan.
Bunyi deru akibat lompatan kumpulan monyet dari dahan ke dahan, tidak ubah seperti rebut yang kuat. Jeritan dari monyet-monyet itu menegejutkan beburung dan lain-lain unggas yang mendiami hutan sekitar rumah.
BESAR
Dalam suasana yang tidak menentu itu, seekor monyet besar yang ukuran tingginya sama dengan seekor beruang dewasa muncul dari balik pangkal pokok ara besar. Seluruh badannya si selimuti bulu tebal berwarna kemerah-merahan.
Bentuk muka monyet besar ini menyerupai muka mawas yang seketurunan dengan orang hutan dan cimpanzi. Monyet besar mendengus marah sambil menyeringai gigi yang tajam. Dalam keadaan tegak melangkah perlahan-lahan kea rah datuk.
Ali Usman bagaikan terpaku. Saya toleh ke kiri, toleh ke kanan mencari tempat yang sesuai untuk melompat dan melarikan diri. Andainya, berlaku sesuatu yang tidak diduga.
HAMPIR
Monyet besar kian lama kian hampir dengan datuk. Secara perlahan-lahan Ali Usman berubah tempat. Tadi ke kanan, kini betul-betul berada di belakang datuk. Saya pula berlindung di belakangnya (Ali Usman). Apa saja ayat-ayat Quran yang saya ingat saya terus baca.
“”Kamu berdua pergi jauh, cari tempat berlindung” Tanpa menoleh ke arah saya dan Ali Usman datuk mengeluarkan arahan.
Jeritan kumpulan monyet tidak kedengaran lagi. Begitu juga dengan yang patah. Dedaun tua dan muda tidak ada yang berterbangan. Bunyi menderu juga sudah berakhir.
“Cepat cari teempat berlindung, jangan banyak fikir.”
Kerana kami masih teragak-agak, datuk mengeluarkan arahan kali kedua. Kali ini nada suaranya meninggi dan keras. Membayangkan kemarahan mula berbuih dalam hati. Monyet besar terus mendekati datuk.
Dalam keadaan yang serba tertekan itu, kami tidak dapat membuat keputusan. Arah mana dan tempat mana yang paling sesuai dijadiikan tempat berlindung. Peliknya, bagaikan ada arahan dari dalam diri masing-masing, kami memilih tempat yang sama.
Saya dan Ali Usman jalan beriringan menuju kearah kepala jalan yang sudah kami lalui, ketiika memasuki kawasan rumah RAJA SUSUK. Bagaikan ada persefahaman yang terjalin dalam diri kami berdua. Tempat yang dipilih ialah di bawah pokok sukun berbuah jarang.
Dari bawah pokok sukun kami dapat melihat dengan jelas kea rah datuk yang berdiri kemas menanti kedatangan monyet besar, berbulu kemerah-merahan.
CEMAS
Cemas juga hati melihat situasi tersebut. Bagaimana datuk harus menghadapi monyet besar itu? Muncul ertanyaan dalam hati.
“Bolehkah datuk kamu melawannya, Tamar”
“Entahlah susah nak cakap,”
“Kita tolong dia.”
Ali Usman mengusulkan satu cadangan. Saya tergaman sejenak. Cadangan itu memang baik sekali. Tetapi, bila mengingatkan pesan datuk yang tidak mahu dibantu bila berhadapan dengan sebarang kesukaran kecuali dia sendiri yang minta tolong.
Cadangan yang baik menjadi susah.
“Nanti dulu,” tahan saya.
“Kenapa?”
“ Kita bantu dia bila dia minta tolong. Itu lebih baik.”
“Kalau itu merupakan syarat,, aku tak boleh buat apa-apa,” balas Ali Usman tenang.
Perlahan-lahan saya anggukkan kepala. Kami berbalas senyum.
Perahatian ditumpukan ke arah datuk yang sedang berhadapan dengan monyet besar dalam jarak yang dekat. Mungkin menyedari yang lawannya memiliki kekuatan yang luar biasa, datuk menggunakan taktik berundur, tidak menyerang. Malah ada ketikanya datuk berlindung di balik pepokok kecil sambil mengambil beberapa potong kayu lalu dilempar ke arah monyet besar.
Perbuatan datuk menimbul kemarahan yang amat ketara pada monyet besar. Sepasang kakinya menghentak-hentak bumi. Teriakannya cukup lantang. Monyet besar terus mara. Beberapa kali terkmaan dibuat ke arah datuk. Macam tadi, datuk berhasil mengelak.
HABIS
Mungkin kerana kerap melompat dan berdiri ke setiap sudut, datuk kehabisan tenaga. Dalam usaha untuk kesekian kali mengelakkan diiri dari cengkaman monyet besar, datuk tersilap langkah, terpijak tanah berlubang lalu tersembam mencium tanah. Terkial-kial berusaha untuk bangun.
Kesempatan yang baik itu, segera di manafaatkan oleh monyet berbadan besar. Datuk di terkam dan dipijak berkali-kali. Dijulang dan dicampak ke arah pokok renik. Datuk mengerang dan mengolek-golek. Monyet besar terus mengikuti dimana datruk berada.
Datuk ditendang dan disepak bagaikan bola. Dalam pertarungan kali ini datuk tewas. Seluruh kekuatannya bagaikan tidak wujud lagi. Situasi begitu, sungguh mencengkam perasaan kami. Ali Usman bagaikan tidak sabar mahu membantu.
Saya terpaksa bekerja keras menahan Ali Usman menerpa ke arah monyet besar.
“Bertenang, selagi dia tidak meminta bantuan kita tidak boleh membantunya.”
“Kesian datuk kamu, Tamar,”
“Aku tak berani melanggar pesannya.”
Ali Usman menarik nafas kehampaan.
“”Ahhhhooooo.......” jeritan monyet besar bergema ke seluruh kawasan sekitar. Kaki kanannnya yang berbulu berada di atas dada datuk. Monyet besar menepuk-nepuk dadanya sambil merenung kawasan sekitar. Seolah-olah memberitahu kepada semua makhluk yang berada di situ yang dia berjaya menewaskan datuk. Di saat monyet besar berada di puncak kegembiraan datuk yangberada di bawah telapak kakinya segera bertindak.
Dengan sisa tenaga yang masih ada, kedua-dua belah tangan datuk memegang pergelangan kaki monyet besar lalu di pulas. Monyet besar menjeritkesakitan kerana pergelangan kakinya terkehel dan terus jatuh. Secepat kilat datuk bangun dan bersedia untuk meneruskan perlawanan.
Kerana menyedari musuhnya seekor monyet besar, dia harus bertindak dengan hati-hati dan teliti. Silap langkah akan menanggung sengsara seumur hidup.
Dari cara datuk berdiri serta memperkemaskan kekuda, saya dapat menduga yang datuk tidak akan membuka langkah silat GERAK RASA DAN HATI yang banyak menafaatkan tenaga dalam. Setiap jurus yang dilepaskan seiring dengan kalimah Allah. Begoitu juga dengan gerak langkah dan kerdipan mata.
Silat gerak dan Rasa Hati jarangsekalidigunakan. Malah datuk sendiri tidak gemar menggunakan silat jenis ini. KKecuali sudah terdesak benar atau menghadapi saat paling genting yang tidak dapat diatasi cara lain.
Biasanya, setelah datuk memanfaatkan silat tersebut untukmelawan musuh, dia akn berpuasa selama seminggu dan melakkukan amalan tertentu sepanjang malam.
Banyak melakkukan sembahyang sunat dan bersedekah. Selain itu, seluruh sendi dan tubuh terasa sengal-sengal dan sakit. Menanggung rasa sakit inilah yang tidak berapa digemari oleh datuk. Mungkin kerana faktor usianya.
“Monyet besar dah bangun,” tutur Ali Usman.
Sepasang anakmata saya tertumpu ke arah datuk dan monyet besar saling berhadapan. Dalam keadaan yang terhincut-hincut monyet besar perlahan-lahan memusingkan badan hingga membelakangkan datuk. Dattuk yang berkira-kira mahu membuat serangan mengejut merapatkan dirinya dengan monyet besar. Mencari bahagian yang baik untuk untuk melepaskan tumbukan berkesan.
POSISI
Datuk menemui posisi paling baik, berada di sebelah rusuk kiri monyet besar dalam jarak kira-kira satu kaki. Bila tumbukan padu dilepaskan urat saraf dan tali perut boleh putus tanpa meninggalkan sebarang kesan dari luar.
Di saat datuk menarik nafas, mengumpulkan kekuatan dari dalam sambil mengucapkan kalimah Allah, monyet besar melepaskan tendangan kencang. Secepat kilat datuk menjatuhkan diri hingga berlakangnya sama paras dengan pucuk rumput semilu.
Menyedari tendangannya tidak mengena sasaran, monyet besar menjadi marah dan membetulkan kedudukannya untuk melepaskan tendangan kedua yang lebih kuat dan padu. Sasarannya (tubuh datuk) sudah dipastikan di mana berada. Sebelum tendangan kedua dari monyet besar berjalan, datuk bertindak terlebih dahulu.
Bagi mengelirukan perhatian dan tumpuan monyet besar. Datuk menggolekkan tubuhnya ke kanan dan ke kiri di bumi. Keadaan tersebut menyebabkan monyet besar teragak-agak untuk melepaskan tendangan. Kedudukan sasarannya sering berubah.
Kemarahan monyet besar terus membara, memekik dan menumbuk dada dan menghentak bumi. Ketika itu lah tumbukan dilepaskan oleh datuk ke arah yang sudah dipilih.
Monyet besar terus meraung, Bila suara raungannya berhenti, tubuh monyet besar hilang, entah kemana. Cuma yang kelihatan kepulan asap nipis bersama bau kemenyan.
BERLARI
“Kamu berdua kemari,,” laung datuk.
Saya dan Ali Usman segera berlari ke arah datuk yang tertunduk duduk di bumi. Dia Nampak tercungap-cungap dan keletihan.
‘Kita berehat dahulu,” Itu usul dari Ali Usman.
“Tak payah, sekarang kita masuk kerumah,” kata datuk.
“Tapi, datuk keletihan,” katra saya.
”Tak apa, suruh Ali Usman buka pintu rumah,”
Datuk terus bangun. Ali Usman mengigit bibir sambil merenung ke arah pintu rumah yang bertutup rapat.
“Cepat Ali,” segah datuk.
“Baik,” balas Ali Usman.
Baru saja dua tapak Ali Usman melangkah menuju ke kaki tangga, terdengar sesuatu dari balik pokok ara. Ali Usman berpatah balik ke arah datuk.
“Macam ada bunyi binatang di balik pokok besar,” beritahu Ali Usman.
“Perasaan kamu saja rasa macam itu,” saya meninggkah..
“Tidak Tamar.”
Serentak dengan itu terdengar bunyi dedahan dan reranting pokok besar bergegar. Akar yang bergayutan terbuai-buai. Dua tiga ekor tupai yang berlari di dahan berjatuhan ke bumi. Macam ada sesuatu yang menggoyangkan pohon Ara dua pemeluk itu.
Kami alihkan perhatian ke arah pokok Ara besar. Lagi sekali mengalami kejutan yang tidak di duga.
Rasanya bagaikan tidak percaya dengan apa yang berada dii depan mata. Sejenis makhluk ganjil keluar dari celah-celahan juntaian akar. Rupanya sungguh pelik. Badanya bersisik macam sisik buaya. Perutnya buncit dengan pusat tersembul sebesar buah jambu batu.
PAYUDARA
Sepasang payu dara besarnya kelihatan lembik terbuai-buai. Bagaikan bersambung dengan bahagian dagu. Putingnya, tersembul hitam macam seketul kayu arang. Kedua dua belah pipinya kelihatan kkembung, tidak ubah macam perut katak puru yang baru diusik denngan kayu.
Bentuk wajahnya campuran keluang dan manusia. Sepasang telinganya menyerupai telinga gajah. Kedua-dua belah tangan dan jari jemari persis tangan dan jejari manusia. Kehadiran makhluk ganjil ini diiringi dengan beberapa ekor keluang berukuran besar. Lebih besar dari ayam jantan.
Saya terpesona dengan sepasang kaki dan pahanya yang besar dan memancarkan cahaya. Sisik di bahagian tersebut kedudukannya agak menonjol dan bentuknya seperti kulit tiram. Walau apa pun, saya dan Ali Usman tidak berani merenung ke arah mata yang merah menyala serta memancarkan sinar yang boleh memeningkan kepala bila ditentang.
“Berjaga.”
Datuk mengingatkan kami berdua, bila melihat makhluk pelik itu melangkah sambil mengangkat kedua tangannya. Setiap kali makhluk hodoh dan menakutkan itu melangkah, keluang yang berterbangan mengiringinya dalam nada suara yang tiinggi dan rendah bagaikan satu irama.
Pancaran matahari yang ke arah badan makhluk pelik itu memantulkan kilauan yang berpadu dalam warna kekuningan. Kebiruan dan merah jambu. Kilauan warna itu cukup menarik.
Jika direnung dalam tempoh yang lebih dari sepuluh saat kepala terasa pening dan pandangan jadi berpinau-pinau. Tekak jadi loya dan terasa mahu muntah.
“Ini bukan sebarang binatang,” komen saya.
“”Iya,” balas datuk.
”Ini syaitan, “ tingkah Ali Usman
“Benar apa yang kamu kata. Aku minta kamu atasi masalah ini.”
MENGUJI
Mungkin kerana kepenatan, mungkin mahu mmenguji atau sememangnya datuk tahu keupayaan Ali Usman maka tugas tersebut diserahhkan ke bahunya.
“Serahkan pada saya,” ada nada kebimbangan mengiringi kata dari Ali Usman.
“Iya, kamu harus mencuba. Aku bantu kamu.”
Itu janji datuk yang memberikan kekuatan semangat pada Ali Usman. Ada cahaya keyakinan tergambar diwajahnya.
Walaupun sudah diberikan suntikan semangat keyakinan oleh datuk. Tetapi, Ali Usman bagaikan ragu-ragu mahu memulakannya.
Perkara itu dapat saya kesan berdasarkan riak wajahnya. Dua tiga kali dia menarik nafas sambil merenung ke arah saya, minta sokongan moral.
“Kamu boleh buat Ali,” saya bersuara.
Dia tersenyum resah.
“Hadapilah dengan keyakinan, percaya Allah berkuasa atas segala-galanya,” nada suara datuk agak keras. Alli Usman masih belum berganjak dari tempat asalnya. Masih belum membuka langkah.
“Ayuh, pergi sekarang,” desak datuk.
“Sekarang?”
“Iyalah,” balas datuk dengan tegas. Wajah Ali Usman dalam matanya. Dalam keadaan yang serba tidak kena itu, Ali Usman tatap muka saya. Dengan tujuan menaikkan semangatnya, saya tegakkan ibu jari kearahhnya.
“Kamu boleh,” kata saya.
Ali Usman terus melangkah dengan tenang ke arah makhluk aneh yang kian berani mempamirkan dirinya. Tidak mahu berlindung dibalik pokok besar lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)